Kadir Jasin Bertindak Seperti ‘King Slayer’, Kekebalannya Dari Menghasut Bagaimana Pula?

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii menyifatkan Ahli Pimpinan Pusat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) seolah-olah seperti ‘King Slayer’ di mana kebenciannya terhadap Institusi Raja tidak dapat diselindung.

Bidasnya, ini dapat dilihat kepada penulisan serta ungkapan yang keluar dari mulut penulis blog itu tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menabur kebencian terhadap sistem Raja-raja.

“Beliau juga mempunyai kekebalan dari disiasat. Beliau dilindungi dan bebas untuk menyebarkan kebencian ini. Pihak polis juga seperti dibudak-budakkan oleh beliau. Beliau pakar dengan menulis sehingga setiap makna yang diutarakan melindungi beliau dari terjemahan menghasut!

“Apabila beliau membongkar perbelanjaan Raja-raja tidak ada tujuan lain selain dari membuka pemikiran rakyat terhadap kemewahan dan pembaziran, beliau membuka tanpa cadangan, tanpa ada meletakan harga sesuai untuk Raja-raja berbelanja. Mungkin bagi beliau, Raja-raja cukup sekadar duduk, tinggal dan makan seperti beliau. Iri hati sungguh Kadir Jasin.

“Ada banyak lagi penulisan beliau menjurus kepada membuka kebencian kepada Institusi Diraja sepanjang Pakatan Harapan (PH) memerintah negara,” tegasnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Razlan berkata demikian ketika merujuk kenyataan terbaharu Kadir di blognya ketika mana rakyat kini tertumpu dengan isu lain, Kadir membuka isu yang baharu menuduh Ketua Polis Negara yang lama tidak menjalankan kerja dengan betul dan meminta yang baharu untuk menjalankan apa yang diarahkan olehnya.

Justeru Razlan menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil membersihkan nama dari diburuk-burukkan oleh Kadir.

“Pihak polis harus mengeluarkan kenyataan untuk membersihkan nama.

“Kadir menuduh pihak polis tidak tahu buat kerja,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Razlan berkata masyarakat umum mengetahui tiada siapa yang mempunyai keistimewaan tanpa had.

“Rakyat semua sedia maklum tiada yang mempunyai keistimewaan tanpa batas dan kita juga percaya bahawa Raja-raja juga tahu perkara ini. Kenapa membangkitkan isu kekebalan? Kenapa perlu meletakkan prasangka rakyat terhadap Institusi Diraja?

“Tinta itu lebih tajam dari mata pisau, kemungkinan Kadir tidak khatam silat sehingga beliau benci dengan ayat kekebalan. Melihat kawan-kawan beliau kebal dari parang panjang, beliau benci dan dengki terhadap budaya dan kesenian Melayu. Faham tak? Soalnya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.