Pencemaran Pasir Gudang: Khaled Sedia Disiasat, Ingin Tahu Kilang Manakah Buat Onar

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersedia untuk disiasat dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya berkaitan pencemaran yang berlaku di Pasir Gudang. Ini kerana katanya, akhirnya, beliau sendiri secara peribadi ingin tahu kilang-kilang manakah yang telah membuat onar di Pasir Gudang, siapakah pemiliknya dan siapakah yang telah meluluskan pembukaan serta operasinya. “Ada pihak yang […]

» Read more

Satu Tahun Tiga Bulan Berlalu… Rejim PH Zalim, Kerajaan Harapan Palsu – Armand

SUBANG, 7 Ogos – Di kala rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang fokus kepada isu kebajikan dan kestabilan ekonomi negara, pentadbiran dan kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) lebih berminat isu perebutan jawatan perdana menteri serta pergolakan dalaman parti masing-masing. Justeru, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata jelas kelihatan majoriti rakyat kini boleh dikatakan jelak dengan masalah dalaman […]

» Read more

Ceramah Perpaduan

KOTA BHARU, 2 Ogos — Ahli Parlimen Pontian merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Hj Ahmad Maslan memberikan ucapan pada Ceramah Isu Semasa khasnya Perpaduan Ummah anjuran Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di Dewan Besar MPKB Kota Bharu pagi tadi. Foto — MediaUMNO

» Read more

Wan Rosdy Ketuai Misi Perdagangan Ke Singapura

KUANTAN 31 Julai – Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan mengetuai misi perdagangan kerajaan negeri ke Singapura selama dua hari bermula esok. Kunjungan itu sempena Forum Pelaburan Pahang 2019 (PIF 2019) yang diadakan di sebuah hotel terkemuka dan dijangka dihadiri lebih 150 peserta termasuk dalam kalangan syarikat-syarikat serta syarikat multinasional yang berpejabat di negara republik itu. Menurut […]

» Read more

Jangan Cetus Api Perselisihan – Titah Agong

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua pihak agar jangan sekali-kali mencetuskan api perselisihan dengan membangkitkan perkara yang boleh menggugat dan meruntuh keharmonian negara. Seri Paduka menegaskan bahawa perpaduan dan keharmonian rakyat adalah tiang seri dan kekuatan negara. “Bermain dengan api bukan hanya membakar diri sendiri, malahan turut membakar seluruh kampung […]

» Read more

Kerajaan PH Buli Rakyat Sabah, Sarawak – Zahid

KENINGAU, 30 Julai – Pentadbiran PH di Putrajaya dilihat membuli rakyat Sabah dan Sarawak apabila kepentingan janji manifesto kepada mereka tidak ditunaikan selepas menjadi kerajaan. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mempersoalkan, selepas setahun memerintah, apa sudah jadi kepada janji PH memberi royalti minyak kepada kerajaan Sabah dan Sarawak, begitu juga menunaikan janji Perjanjian MA63. “Mana semua janji-janji […]

» Read more

Agong Selesa Bersama Rakyat

KUALA LUMPUR 27 Julai – Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Itulah citra Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah yang saling tak tumpah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah. Keperibadian Yang di-Pertuan Agong Ke-16 sebagai insan prihatin, merendah diri dan sentiasa mendampingi rakyat terutamanya semasa bencana sememangnya tidak asing lagi khususnya bagi rakyat Pahang kerana […]

» Read more

Kereta Baharu Exco: Bentangkan Butiran Perbandingan

KUALA LUMPUR 26 Julai – Kerajaan negeri Perak perlu membentangkan butiran perbandingan yang mampu menunjukkan bahawa kereta Toyota Camry adalah lebih baik berbanding Proton dari pelbagai aspek termasuk penjimatan dan keselamatan sehingga ia dipilih sebagai kereta rasmi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak. Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin menegaskan, walau apa juga alasan diberikan, […]

» Read more

Memohon Keberkatan Ilahi

KUALA LUMPUR 24 Julai — Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan dan ahli Majlis Kerja Tertinggi menadah doa memohon keberkatan Ilahi ketika hadir mempengerusikan Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn PWTC petang ini. Turut sama Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan. Foto – MediaUMNO

» Read more

Bukan Jauh Lebih Baik, Nak Menyamai Pentadbiran BN Pun PH Tak Mampu…. – Sharkar

TEMERLOH, 24 Julai – 9 Mei 2018 mencatat sejarah hitam dalam lipatan diari parti keramat UMNO apabila buat pertama kalinya tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) selepas mentadbir negara selama lebih 60 tahun. Kekalahan ini memberi tamparan hebat kepada UMNO malah hampir keseluruhan ahli tidak dapat menerima kenyataan ini. Namun, selepas lebih setahun Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk […]

» Read more
1 499 500 501 502 503 530