Pilih BN Isyarat Tolak Pelaksanaan PSS – Yaakub Khan

KIMANIS, 5 Jan – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Yaakub Khan merayu para pengundi untuk memilih calon parti itu, Datuk Mohamad Alamin pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis 18 Jan ini. Menurut beliau langkah tersebut sebagai tanda protes rakyat Sabah khususnya di parlimen Kimanis terhadap pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) yang dibimbangi akan mendatangkan kesan yang sebaliknya kepada […]

» Read more

Pembangunan Di Sabah… Siapa Yang Gagal, BN Atau Shafie?

KIMANIS, 5 Jan – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Sahamsul Anuar Nasarah mempersoalkan siapakah sebenarnya yang gagal membangunkan Sabah kerana sebelum ini Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah menteri kanan iaitu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Menurut beliau kenyataan kononnya Barisan Nasional (BN) tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebelum ini bukan sahaja boleh dipertikaikan malah memperlihatkan bahawa Shafie yang […]

» Read more

Warisan Untuk Sabah? Jika Benar Keluarlah Dari Anggota Jemaah Menteri – Khairy

KIMANIS, 5 Jan – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata menteri pusat daripada parti Warisan perlu keluar daripada menganggotai jemaah kabinet sekiranya mereka mengatakan parti Warisan adalah Sabah untuk Sabah. “Saya dengar waktu penamaan calon, cakap-cakap daripada penyokong parti Warisan yang menyatakan bahawa parti BN adalah parti Malaya. Jadi kita menolak parti Malaya. Kita mesti sokong parti Sabah untuk Sabah. […]

» Read more

‘Bisik-Bisik’ Yakinkan Pelbagai Pihak BN Bawa Suara Rakyat – Asyraf

KIMANIS, 3 Jan – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ‘strategi bisik-bisik’ dilihat langkah terbaik dalam usaha menarik sokongan rakyat termasuklah mereka yang menyokong Pakatan Harapan (PH). Menurut beliau tanpa memusuhi sesiapa apatah lagi perang mulut dengan pihak lawan dan sebagainya, maka insya-Allah Barisan Nasional (BN) yang membawa suara rakyat akan mendapat kepercayaan. “Kita bisikkan… orang Warisan […]

» Read more

Kemenangan Di PRK Kimanis Bakal Jadi Lambang BN Tidak Pupus Di Bumi Sabah

KIMANIS, 2 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis adalah penting sebagai cerminan kemenangan untuk rakyat Sabah sekaligus membuktikan bahawa BN tidak sesekali pupus di bumi Sabah ini. Jelas beliau,  sokongan dan calon terbaik yang ditampilkan oleh parti, pasti mampu memacu kemenangan BN di […]

» Read more

PH Kalau Dah Malas Baca Kertas Kabinet, Baik Letak Jawatan – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membidas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad yang memaklumkan menteri memberikan kelulusan tanpa membaca dengan teliti berkaitan kertas cadangan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk memansuhkan elaun bulanan bagi perkhidmatan kritikal. Tegasnya, keputusan sebesar memansuhkan Elaun Kritikal Penjawat Awam Profesional diluluskan sewenang-wenangnya tanpa membaca kertas cadangan secara terperinci […]

» Read more

Tahun 2020 Bakal Disambut Ngeri, PH Gagal Selami Permasalahan Rakyat

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor, Amin Mohd Shukor berkata, tahun 2020 yang bakal menjelang tiba akan menjadi tahun ngeri buat rakyat kerana sejak pentadbiran Pakatan Harapan (PH) tiada satu pun yang menarik sebagai buah tangan kerajaan untuk rakyat selain semakin teruk. Katanya, kesan dan implikasi langsung ini akan memberikan tamparan hebat kepada seluruh kitaran rakyat […]

» Read more
1 412 413 414 415 416 543