Pembangunan Di Sabah… Siapa Yang Gagal, BN Atau Shafie?

KIMANIS, 5 Jan – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Sahamsul Anuar Nasarah mempersoalkan siapakah sebenarnya yang gagal membangunkan Sabah kerana sebelum ini Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah menteri kanan iaitu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Menurut beliau kenyataan kononnya Barisan Nasional (BN) tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebelum ini bukan sahaja boleh dipertikaikan malah memperlihatkan bahawa Shafie yang tidak melaksanakan tugasnya secara menyeluruh.

“Apakah yang telah dibuat dan dilaksanakannya sedangkan pada waktu berkenaan beliau mempunyai peranan yang cukup besar.

“Saya ada tengok dalam video… kenyataan Shafie yang mengatakan kita tolak BN kerana kerajaan BN 60 tahun apa yang dibuat untuk pembangunan rakyat di Sabah… dia tunjuk rumah salah seorang penyokongnya yang tidak selesai. Eh… saya nak beritahu kepada Shafie Apdal enam tahun beliau menjaga Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, di bawah kementerian ini mereka sda kuasa besar.

“Sewaktu Shafie Apdal menjadi menteri beliau diberikan menteri kanan oleh Datuk Seri Najib atas kedudukannya sebagai Naib Presiden UMNO. Kuasa besar dalam tempoh 2012 hingga 2015… kerajaan peruntukkan duit yang cukup banyak. Lebih daripada RM34 bilion. Buat jalan… buat rumah, pembangunan air luar bandar dan macam-macam. Kenapa beliau tidak buat dan tidak laksanakan?” katanya ketika berceramah di Peti Undi Batu 6, di sini, malam tadi.

Turut berceramah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Yaakub Khan dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Bidas Dr Shamsul hari ini Shafie pandai cakap kononnya kerajaan BN tidak laksanakan tanggungjawab namun adalah sebaliknya.

“Di bawahnya ada projek PPRT untuk menyediakan rumah kepada orang miskin… kenapa waktu jadi menteri tidak bagi rumah. Di bawahnya pada waktu itu ada RISDA, ada Felcra dan pelbagai agensi kerajaan termasuklah MARA untuk membangunkan usahawan.

“Macam-macam tetapi ianya tidak dilaksanakan. Antaranya untuk membangunkan sosio-ekonomi prasarana kemiskinan rakyat di Sabah. Sebab itu isu ini Ketua Menteri tidak layak bercakap dan tidak boleh bercakap kerana apa… kerana dia telah diberikan tanggungjawab.

“Waktu beliau diberikan tanggungjawab gagal. Projek air gagal. Ini realiti sebab itu kita kena tunjukkan sikap kita. Jangan kita dengar apa juga yang dibawa oleh kerajaan. Memang betul mereka akan masuk kampung dan keluar kampung untuk bagi macam-macam,” ujarnya lagi. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.