Pelan Kerajaan Sokong Keselamatan Persaraan Rakyat Antara Tumpuan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Pelan strategi kerajaan untuk menyokong keselamatan persaraan rakyat yang semakin kecil berikutan kebenaran pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, soalan itu diajukan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) kepada Menteri Kewangan ketika sesi pertanyaan lisan. Turut terkandung dalam sesi itu soalan Ahmad […]

» Read more

Keputusan PRN Melaka Jadi Bukti Rakyat Rindukan Pentadbiran Kerajaan BN

KUALA LUMPU, 21 Nov – Rakyat Melaka telah membuktikan kepada semua bahawa rakyat Malaysia masih sayangkan Barisan Nasional (BN) dan kerana itu orang Melaka kembali mencurahkan kasih sayang kepada BN dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat Melaka menjadi bukti yang nyata ramai rakyat Malaysia merindui pentadbiran kerajaan BN. “Kerajaan […]

» Read more

Tolak Wakil Rakyat ‘Katak Lompat’ Demi Kepentingan Diri

MASJID TANAH, 19 Nov – Pengundi di Melaka menolak calon yang melompat parti, malah menyifatkan individu seperti ini hanya mementingkan diri. Mengimbau kembali Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, Rohaya Abu Bakar, 58, suri rumah, memaklumkan beliau kecewa apabila wakil rakyat yang menjadi kepercayaan beliau berpaling tadah dengan menyertai parti lain. “Kami dulu masa PRU-14 berkempen balik sampai ke satu […]

» Read more

Beri Dokongan Kepada BN Untuk Kemajuan Melaka Berterusan – Dr Zambry

MELAKA, 19 Nov – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Melaka adalah negeri yang maju sepanjang tempoh pentadbiran BN serta menjadi negeri contoh dalam bidang pelancongan dan industri. Menurutnya, rakyat negeri tersebut mempunyai berbagai latar belakang agama dan etnik, hidup dalam harmoni dan saling memahami. “Ini kerana pendekatan BN adalah pendekatan ‘Dacing’ yang seimbang […]

» Read more

Sudah Terbukti Hanya BN Beri Kestabilan, Kemakmuran – Mohana

AYER KEROH, 18 Nov – Ketua Wanita MIC pusat, Datuk Mohana Muniandy berkata Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti yang menjaga kestabilan negara serta memberikan kemakmuran. Menurutnya, kestabilan yang dikecapi selama ini adalah berkat usaha pemimpin-pemimpin BN dan terbukti apabila parti lain yang mentadbir berlaku sebaliknya tiada kestabilan. “BN merupakan satu-satunya parti yang boleh memberikan kestabilan dan kemakmuran kepada rakyat […]

» Read more

Elak Tragedi ‘ADUN Lompat’, Melaka Perlu Pilih Kestabilan – Leong Hui Ying

KOTA MELAKA, 17 Nov – Kestabilan politik merupakan perkara utama kepada pembangunan negeri, kata calon Barisan Nasional (BN), Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang, Leong Hui Ying. Katanya, rakyat perlu membuat pilihan dengan mengundi BN bagi mengelakkan tragedi pertukaran kerajaan dan lompat parti berlaku dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berulang kembali. “Bagi saya sesebuah negeri itu sekiranya mahu dibangunkan […]

» Read more

Siti Faizah Komited Berkhidmat Sebaiknya Untuk Rakyat

JASIN, 16 Nov – Calon wanita muda daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Siti Faizah Abdul Azis meluahkan penghargaan beliau dengan amanah yang diberikan parti untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini. Jelas beliau, menjadi salah seorang daripada 28 calon adalah suatu penghormatan dan beliau berjanji akan melakukan sebaiknya kepada rakyat di sini sekiranya dipilih pada 20 […]

» Read more

Isu Gangguan Seksual, Mesej ‘SPAM’ Judi Dalam Talian Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Isu gangguan seksual dan mesej ‘spam’ yang mempromosi perjudian dalam talian akan menjadi antara persoalan dibangkitkan dalam Persidangan Dewan Rakyat yang memasuki hari ke-12, hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, pertanyaan itu diajukan Noorita Sual (PH-Tenom) pada sesi soal jawab yang meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan komitmen kerajaan […]

» Read more

Hentikanlah Memanjangkan Fitnah… Saya Masih Waras Batasan Halal Haram, Tegas Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menasihati segelintir pihak agar berhenti daripada memanjangkan fitnah beliau memeluk wanita bukan muhrim. Walaupun beliau berasa bersyukur kerana dapat pahala percuma daripada segala amal kebaikan pemfitnah dan penular fitnah, manakala dosa-dosanya pula berpindah kepada mereka sebagaimana Hadis mengenai golongan yang muflis Akhirat. “Ramai yang tanya […]

» Read more

Orang Asli Yakini Manifesto BN, Diseru Undi Biru Dacing – Ramli

JASIN, 14 Nov – Masyarakat Orang Asli di negeri ini diseru untuk mengundi Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kestabilan politik dicapai demi kemakmuran rakyat selaras dengan tema manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor berkata beliau percaya sekiranya BN sekali lagi diberikan amanat oleh rakyat, kepimpinan akan meneruskan keprihatinan kepada penduduk Orang Asli. “Manifesto […]

» Read more
1 323 324 325 326 327 360