Orang Asli Yakini Manifesto BN, Diseru Undi Biru Dacing – Ramli

JASIN, 14 Nov – Masyarakat Orang Asli di negeri ini diseru untuk mengundi Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kestabilan politik dicapai demi kemakmuran rakyat selaras dengan tema manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor berkata beliau percaya sekiranya BN sekali lagi diberikan amanat oleh rakyat, kepimpinan akan meneruskan keprihatinan kepada penduduk Orang Asli.

“Manifesto adalah kestabilan untuk kemakmuran ini merupakan satu perkara penting untuk negeri Melaka.

“Jika ada kestabilan politik kerajaan yang memimpin malah saya percaya UMNO boleh melaksanakan tugas-tugas ini dengan baik.

“Saya berharap manifesto ini dilaksanakan di mana rakyat di negeri Melaka mengangkat BN sebagai kerajaan negeri dan khusus masyarakat orang Asli… jadi saya pinta dan mohon di sini untuk menyokong dan mengundi BN, jangan lupa undi biru yang ada dacing,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.

Sementara itu beliau juga meluahkan keterujaan beliau melihat keupayaan wanita terutama golongan muda diberi kepercayaan untuk menjadi calon pada PRN kali ini.

“Pendapat saya kerana kita perlukan generasi baharu terutamanya wanita… UMNO/BN  memperkasa kaum wanita itu salah satu sebab presiden dan pucuk pimpinan meletakkan beliau.

“Melihat kepada keterampilan, penyampaian saya kenal calon kita ini Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang merupakan calon DUN Rim.

“Alhamdulillah saya percaya dia boleh melaksanakan tugas-tugas ini saya mengharap semua masyarakat di DUN Rim ini menyokong dan mengundi BN,” katanya. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.