Calon BN Manfaatkan Sepenuhnya Penggunaan Media Sosial, Tampil Kempen Positif

MELAKA, 14 Nov – Ekoran peraturan kempen yang ketat ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengekang penularan COVID-19, calon-calon yang bertanding di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menggunakan sepenuhnya media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok, WhatsApp, Twitter dan Youtube, untuk hebahan mengenai visi, misi dan aktiviti mereka. Kekangan berkempen secara konvensional seperti tiada […]

» Read more

Calon BN Bemban Sudah Sedia Perancangan Atasi Masalah Kesesakan Trafik

JASIN, 13 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban Datuk Koh Chin Han sudah mempunyai perancangan menangani masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu, jika diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini. Beliau berkata perkara ini termasuk dalam janji ketiga dalam manifestonya yang diumumkan hari ini. “Kami juga telah mempunyai perancangan […]

» Read more

Jangan Salah Pilih… PRN Melaka Bukan Makmal Ujikaji Eksperimen Politik – Ahmad Maslan

MELAKA, 13 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengingatkan rakyat tempatan khususnya para pengundi agar jangan tersilap pangkah dalam menentukan kerajaan negeri kerana natijahnya akan berlaku ketidakstabilan. Ujarnya, tema kempen Barisan Nasional (BN) dalam PRN ialah ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’ yang menjadi ingatan penting bahawa politik yang stabil akan memakmurkan rakyat dan negeri. “PRN Melaka bukan makmal uji […]

» Read more

Pengkalan Batu Perlukan Hub Perkembangan, Pembangunan Ekonomi Setempat – Kalsom

MELAKA, 12 Nov – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Kalsom Nordin bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu berkata rata-rata peniaga kecil dan usahawan muda yang ditemui inginkan satu Model Pembangunan Ekonomi khas buat warga kawasan tersebut. Justeru itu katanya, satu Pusat Perkembangan dan Pembangunan Ekonomi DUN Pengkalan Batu perlu diwujudkan sebagai usaha dalam meningkatkan keupayaan dan taraf hidup golongan […]

» Read more

Manifesto Terbaik, Sudah Terbukti… Ayuh Undi BN – Ahmad Maslan

HANG TUAH JAYA, 12 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan meluahkan keterujaan beliau dengan manifesto Barisan Nasional (BN) yang disifatkannya sebagai realistik, inklusif dan komprehensif. Ahli Parlimen Pontian itu juga percaya bahawa janji yang ditawarkan mampu membawa Melaka menjadi negeri yang terbaik dan cemerlang sekiranya BN diberi kepercayaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kali ini. “Apabila […]

» Read more

PRN Melaka: Manifesto Kestabilan Demi Kemakmuran BN Garis Lima Teras, 103 Inisiatif

MELAKA, 10 Nov – Barisan Nasional (BN) hari ini melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bertemakan Kestabilan Demi Kemakmuran, yang menggariskan lima teras dan 103 inisiatif. Pelancaran yang dilaksanakan secara hibrid itu sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN), disempurnakan Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan dan dihadiri Datuk Seri Sulaiman Md […]

» Read more

Golongan Muda Didekati, ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’ Hanya Mampu Dicapai Melalui BN – Dira

JASIN, 10 Nov – Gerak kerja mendekati golongan muda telah dilaksanakan sejak awal lagi dalam memberi pendedahan kepada mereka agenda yang dibawa Barisan Nasional (BN), kata calon wanita muda yang mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar. Jelas beliau, bagaimanapun di peringkat kempen ianya terus dipertingkatkan berlandaskan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan. “Saya sebagai […]

» Read more

Tanding 28 Kerusi DUN, BN Tawarkan Kerajaan Yang Stabil – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Secara rasminya menyaksikan Barisan Nasional (BN) bertanding di semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, ujar Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah. Pengarah Komunikasi BN itu berkata keputusan parti meletakkan calon di semua 28 kerusi di mana UMNO bertanding di 20 kerusi DUN, tujuh […]

» Read more

Tok Mat, Najib Suntik Semangat Hari Penamaan Calon PRN Melaka

MASJID TANAH, 8 Nov – Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Penasihat BN yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini menyuntik semangat kepada seluruh jentera parti dengan turun ke negeri Melaka sempena penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN). Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO tiba di Villa D’ A’qua […]

» Read more
1 324 325 326 327 328 360