Proses Penamaan Calon PRN Melaka Berlangsung Dalam Suasana Norma Baharu

MELAKA, 8 Nov – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 bermula hari ini dengan proses penamaan calon berlangsung dalam suasana norma baharu di 28 pusat penamaan yang akan dibuka pada pukul 9 pagi. Proses penyerahan kertas penamaan calon akan ditutup sejam selepas itu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat persiapan rapi di semua pusat penamaan calon itu yang akan menyaksikan […]

» Read more

Penamaan Calon PRN Melaka Berlangsung Dalam Norma Baharu

MELAKA, 7 Nov – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bermula esok dengan proses penamaan calon di 28 pusat penamaan, akan menyaksikan suasana norma baharu dalam perjalanan pilihan raya di negara ini. Walaupun jumlah vaksinasi populasi dewasa rakyat Malaysia telah melebihi tahap 95 peratus, namun langkah berwaspada tetap perlu diambil bagi mengelakkan PRN berkenaan mencetuskan kluster baharu COVID-19. Proses penamaan […]

» Read more

Bulan Keluarga Kebangsaan Kini Bulan Keluarga Malaysia – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Bulan Keluarga Kebangsaan akan dikenali sebagai Bulan Keluarga Malaysia (BKM) mulai tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata sambutan itu yang diraikan pada bulan November, akan menjadi platform untuk menyemarakkan keutuhan serta keterangkuman dalam Keluarga Malaysia. “Ini sekali gus menjamin kemakmuran dan perpaduan sebuah keluarga yang besar,” katanya ketika berucap […]

» Read more

PRN ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’, BN Tampilkan 86 Peratus Muka Baharu – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Negeri Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan parti mempertaruhkan 86 peratus calon muka baharu pada hari pengundian 20 Nov depan. Katanya, PRN kali ini juga menyaksikan UMNO akan diwakili 20 calon, tujuh MCA dan satu daripada MIC. “BN akan turunkan 28 calon di 28 Dewan Undangan Negeri pada PRN […]

» Read more

Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Persidangan Dewan Rakyat hari ini dijangka tertumpu kepada isu mengenai pewujudan Akta Suruhanjaya Kanak-kanak sebagai satu badan bebas dan memiliki bidang kuasa khusus bagi melindungi hak serta kebajikan kanak-kanak di Malaysia. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat hari ini, perkara berkenaan dijadual dibangkitkan semasa sesi soal jawab yang akan diajukan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) kepada […]

» Read more

Bajet 2022 Tidak Pinggirkan Belia – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Bajet 2022 bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” yang dibentangkan di Dewan Rakyat, semalam tidak meminggirkan golongan belia dalam negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata Bajet 2022 adalah inklusif dan mencakupi kesemua lapisan masyarakat melibatkan semua golongan seperti masyarakat yang menetap di bandar atau luar bandar, di samping membabitkan semua kaum […]

» Read more

Bajet 2022: Menyeluruh Dan Optimistik, Fokus Kumpulan Sasar – Asyraf

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berpandangan analisa awal dan perbincangan bersama rakan-rakan Pemuda menyimpulkan bahawa Bajet 2022 yang diumumkan semalam adalah menyeluruh dan optimistik malah anggaran perbelanjaan keseluruhan RM332.1 billion tersebut juga adalah tertinggi dalam sejarah negara. Katanya, rumusan awal ini adalah berdasarkan pemerhatian mengenai program-program dan peruntukan untuk kumpulan-kumpulan […]

» Read more

PRN: Pelancaran Jentera BN Berjalan Lancar, Semangat Kekalkan Kekuatan Di Melaka

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berjalan lancar dengan perasmian dilakukan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Selain diadakan di Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr Ismail di Pusat Dagangan Dunia, di sini, majlis tersebut juga disiarkan secara langsung di platform media sosial UMNO […]

» Read more

RUU Perbekalan 2022 Dijangka Dibaca Kali Pertama Di Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 27 Okt – Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 bagi bacaan kali pertama dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, rang undang-undang itu akan dikemukakan oleh Menteri Kewangan. Selain itu, Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021 turut dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri hari ini. Pada sesi jawab lisan […]

» Read more
1 325 326 327 328 329 360