Hentikanlah Memanjangkan Fitnah… Saya Masih Waras Batasan Halal Haram, Tegas Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menasihati segelintir pihak agar berhenti daripada memanjangkan fitnah beliau memeluk wanita bukan muhrim.

Walaupun beliau berasa bersyukur kerana dapat pahala percuma daripada segala amal kebaikan pemfitnah dan penular fitnah, manakala dosa-dosanya pula berpindah kepada mereka sebagaimana Hadis mengenai golongan yang muflis Akhirat.

“Ramai yang tanya kesahihan video tular yang cuba memfitnah kononnya saya memeluk wanita bukan muhrim.

“Untuk pengetahuan, semua dalam video tersebut adalah ibu, isteri dan adik beradik kandung saya sendiri. Video tersebut tiada kaitan dengan PRN (Pilihan Raya Negeri) Melaka tetapi waktu penamaan calon PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) di Pasir Puteh Kelantan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook yang turut memuat naik video berunsur fitnah tersebut.

Manakal di dalam ruangan komen di status yang sama, Dr Asyraf turut lampirkan gambar ahli keluarga yang difitnah.

“Ini gambar ahli keluarga saya yang kononnya saya memeluk bukan muhrim di khalayak ramai. Alhamdulillah, saya masih waras untuk mengetahui batasan halal haram,” katanya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.