Undi 18: Anak Muda Bijak Menilai Keupayaan BN – Bastien

JOHOR BAHRU, 28 Jan – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Bastien Onn melahirkan keyakinan dengan keupayaan Barisan Nasional (BN) untuk menarik sokongan anak muda bagi mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini. Katanya, ini kerana golongan muda semestinya melihat kepada rekod perkhidmatan gabungan ini yang telah melakukan pelbagai jasa dan pembangunan berterusan kepada negara. “Sebagai sebahagian daripada kepimpinan Pemuda UMNO kita […]

» Read more

Bersatu Tebrau Akhirnya Terkubur, Bukti Perpecahan Yang Tidak Berkesudahan

TEBRAU, 28 Jan – Pengumuman perletakan jawatan Mazlan Bujang sebagai Ketua Bersatu (PPBM) Tebrau serta keluar parti berkuatkuasa serta-merta pada Khamis dilihat sebagai satu isyarat jelas buat rakyat bahawa parti itu secara moralnya sudah terkubur untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang ini. Menurut Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau, menyelusuri pendedahan dari Mazlan akan ada ramai lagi yang akan […]

» Read more

Ajak Berkawan Tapi Tak Henti Menyerang Serupa Lawan – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Semalam Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik menegeluarkan kenyataan menyerang UMNO dengan setiap yang dikatakan pasti menyinggung hati ahli UMNO, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan. Ujarnya, tuduhan demi tuduhan dilemparkan terhadap UMNO iaitu UMNO rakus, UMNO perlu dirawat dengan kekalahan, UMNO perlu sedar ia tidak ada pilihan melainkan bersama dengan […]

» Read more

Pemimpin PH Jadikan Masalah Rakyat Bahan Politik, Konon Cakna Jadi Hero Tapi Tiada Tindakan

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH) iaitu Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir agar janganlah sekadar mengambil aduan rakyat tetapi tiada tindakan. Beliau berkata demikian ekoran isu pengemaskinian perjanjian sewaan bagi pengecualian sewa Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan (RSK) yang dijadikan ‘bahan’ […]

» Read more

PRN Johor Langkah Terbaik Pulangkan Mandat Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor berpandangan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan kelak sebagai memulangkan semula mandat kepada rakyat bagi memilih kerajaan yang diharapkan iaitu stabil dan kukuh untuk meneruskan pentadbiran di negeri ini. Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah berkata mandat ini adalah satu keperluan malah tindakan mengadakan pilihan raya ini bukan satu bentuk […]

» Read more

Tak Percaya Parti Sendiri Punca Kaitkan Kluster Mahkamah Dengan PRN? – Shahril

KUALA LUMPUR, 23 Jan – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan meluahkan kekesalan dengan dakwaan daripada segelintir pihak yang mengaitkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan kluster mahkamah. Katanya sedangkan perkara itu tidak ada kaitan malah semua pihak tahu mengenai pemisahan kuasa antara badan eksekutif dan badan kehakiman. “Bukankah pilihan raya suatu amalan paling asas demokrasi dan justeru konsep pemisahan […]

» Read more

PRN Johor Dalam Masa Terdekat…? Rakyat Mampu Menilai – Najmil

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Hangat diperkatakan di media bahawa PRN Johor akan dilakukan dalam masa terdekat, namun sejauhmana kebenarannya biarlah pihak kerajaan negeri dan istana Johor menentukannya. Bagi Exco Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris, UMNO Johor di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad mempunyai kelebihan kerana ‘track-record’ beliau yang mampu mengekalkan kestabilan kerajaan negeri […]

» Read more

Maszlee Buat Tuduhan Tanpa Bukti, Sepatutnya Bimbang Tak Tunai Janji Hapus Tol Simpang Renggam

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Membuat tuduhan tanpa bukti dan datang pula dari seorang bekas ilmuan seperti Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik hanya menjatuhkan imej yang beliau sering cuba gambarkan sendiri di media sosial, bidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang Mohd Farid Mohd Nor. Katanya, adalah lebih baik Maszlee bimbangkan janjinya sendiri untuk menghapuskan tol di Simpang […]

» Read more

Apakah KWSP Satu-Satunya Cara Untuk Jamin Keselamatan Hidup Hari Tua? – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Apakah KWSP satu-satunya cara untuk menjamin keselamatan hidup hari tua? Demikian persoalan yang ditimbulkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki susulan hujah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Parlimen semalam yang berkata pengeluaran KWSP tidak boleh diberi laluan secara mudah kerana ia adalah jaminan masa depan pencarum. “Apakah KWSP satu-satunya […]

» Read more
1 285 286 287 288 289 506