PRN Johor Dalam Masa Terdekat…? Rakyat Mampu Menilai – Najmil

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Hangat diperkatakan di media bahawa PRN Johor akan dilakukan dalam masa terdekat, namun sejauhmana kebenarannya biarlah pihak kerajaan negeri dan istana Johor menentukannya.

Bagi Exco Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris, UMNO Johor di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad mempunyai kelebihan kerana ‘track-record’ beliau yang mampu mengekalkan kestabilan kerajaan negeri walaupun mempunyai majoriti tipis.

“Di Johor ada 56 kerusi DUN dan semasa Pilihan Raya Umum (PRU-14), Barisan nasional (BN) menang 19 kerusi, PH menang 36 kerusi dan PAS hanya menang 1 kerusi.

“Yang menjadi tunjang kepada kemenangan PH adalah Dap yang mempunyai 14 kerusi. PPBM pada ketika itu menang lapan kerusi hanya kerana dibantu oleh undi Dap, PKR dan PAN.  Jika PRN Johor dilakukan, PPBM akan menerima nasib yang sama seperti di Melaka. Begitu juga dengan PAS yang akan kalah kerana bernaung di bawah PN.

“Begitu juga dengan PH yang dilihat semakin tidak releven dalam kalangan rakyat Malaysia. Prestasi PH yang corot di PRN Melaka dan PRN Sarawak sudah memberi signal yang jelas bahawa rakyat tidak lagi tertipu dengan retorik politik mereka,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Tambah Najmil lagi, dalam keadaan semasa hari ini tentunya rakyat dapat menilai pencapaian kerajaan negeri Johor termasuklah daripada konteks dasar kerajaan negeri yang turut memberikan keyakinan bagaimana Belanjawan Johor 2021 adalah inklusif dan tidak meminggirkan mana-mana golongan.

“Begitu juga dengan akar umbi UMNO di setiap bahagian di Johor yang bekerja keras membantu rakyat tidak kira ketika pandemik COVID-19 mahupun bencana alam.

“Bagi saya, PRN adalah penting dalam memulihkan amalan demokrasi serta menjamin kelancaran pentadbiran kerajaan negeri dengan majoriti yang kukuh. Walaupun tidak berlaku sebarang krisis politik di Johor, namun inilah langkah yang terbaik untuk mengelakkan berlakunya krisis politik.

“Berlaku atau tidak PRN Johor biarlah ditentukan oleh pihak kerajaan negeri dan istana Johor. Apa yang pasti rakyat perlu menilai parti manakah yang mampu menjamin masa depan mereka. Tidak lain tidak bukan hanyalah UMNO,” tambahnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.