UMNO Ada 53 Kerusi Parlimen… Zahid Tidak ‘Terhegeh-hegeh’ Atau Cuba Gadai Maruah UMNO

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad membidas mereka yang menyifatkan Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai ‘terhegeh-hegeh’ atau cuba menggadai maruah UMNO. Ini merujuk kepada kenyataan Dr Ahmad Zahid mengenai UMNO membentuk kerajaan dengan sesiapa saja termasuk jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. […]

» Read more

UMNO Mesti Terus Kukuh Untuk Rakyat Berdepan Kerajaan Serba Goyah – Zahid

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Pemangku tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi menegaskan bahawa UMNO perlu terus kukuh dan kuat dengan mengelakkan sebarang perpecahan dan masalah dalaman demi untuk rakyat dan negara. Menurut beliau, jelas bahawa rakyat masih lagi mengharapkan UMNO untuk menjadi wakil kepada suara mereka terhadap kerajaan hari ini dan terbukti parti ini tidak ditolak secara total […]

» Read more

Tarik Sokongan Generasi Muda Untuk Bangkit – Tengku Razaleigh

MELAKA, 25 Jun – UMNO tidak mungkin bangkit dan menebus kekalahan teruk yang dialaminya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 sekiranya parti itu gagal menarik sokongan serta kepercayaan generasi muda di negara ini, kata calon Presiden UMNO Tengku Razaleigh Tengku Hamzah. Beliau berkata adalah amat penting untuk UMNO menarik sokongan dan kepercayaan generasi muda kerana golongan itulah yang akan membentuk kumpulan pengundi pada masa hadapan seterusnya menjadi penentu negara pada masa […]

» Read more

Jangan Sampai Rakyat Lihat Kerajaan PH Hari Ini Sebagai ‘Kaduk Naik Junjung’

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Dalam terkial-kial untuk memenuhi janji manifesto dalam 100 hari pemerintahannya, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) semakin menunjukkan belang sebenar dasar pentadirannya, termasuk mempertikai dan tidak mengiktiraf apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, bidas Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO. Sehubungan itu, UMNO melahirkan rasa bimbang jika isu ini tidak ditangani segera dan untuk selamanya, ia […]

» Read more

Sebanyak 16 Daripada 26 Bahagian UMNO Di Johor Saksikan Pertandingan Sabtu Ini

JOHOR BAHRU, 25 Jun – Sebanyak 16 daripada 26 Bahagian UMNO di Johor akan menyaksikan pertandingan jawatan Ketua Bahagian bagi penggal 2018 hingga 2021 pada pemilihan parti itu Sabtu ini. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Md Jais Sarday berkata 10 bahagian lagi tidak mempunyai pertandingan selepas Ketua Bahagian masing-masing menang tanpa bertanding. “Sembilan daripada 10 ketua bahagian itu mempertahankan jawatan masing-masing manakala seorang lagi merupakan muka […]

» Read more

UMNO Perak Kecewa Noor Azmi Keluar Parti

IPOH, 25 Jun – UMNO Perak kecewa dengan tindakan anggota Parlimen Bagan Serai Dr Noor Azmi Ghazali keluar parti dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa serta merta semalam. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata keputusan tersebut jelas mencerminkan sikap Dr Noor Azmi yang hanya mementingkan diri sendiri. Zambry turut mempertikaikan dakwaan anggota parlimen itu kononnya UMNO Bahagian […]

» Read more

Bahasa Kebangsaan : Semangat ‘Malaysia Baru’ Guan Eng Gelisahkan Rakyat

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Pergerakan Wanita UMNO menggesa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng supaya besikap lebih berhati-hati dalam tindakannya mengeluarkan kenyataan rasmi mahupun peribadi kerana sebagai Menteri dalam Kerajaan Persekutuan, setiap tindakan beliau akan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata demikian merujuk kepada reaksi Guan Eng yang mempertahankan tindakannya mengeluarkan kenyataan rasmi Kementerian […]

» Read more

Perjuangan UMNO Tidak Goyah Selagi Berpegang Empat Perkara Asas Dalam Perlembagaan

IPOH, 25 Jun – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan UMNO tidak goyah selagi berpegang kepada empat pekara yang terkandung dalam perlembagaan negara iaitu yang melibatkan agama Islam, kedudukan istimewa orang-orang Melayu, Raja-Raja serta bahasa Melayu. Menurut beliau soal berkenaan sepertimana yang terkandung di dalam Perlembagaan Negara dan perkara lain akan terus […]

» Read more

Tidak Mampu Hormati Perlembagaan? Jangan Pula Provokasi Orang Lain

PERKARA 152, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan hendaklah digunakan sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran negara. Dalam usaha untuk memastikan penggunaan Bahasa Kebangsaan yang baik dan betul serta menyeluruh dalam Perkhidmatan Awam, Kerajaan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006 bertajuk Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam. […]

» Read more

Guan Eng Menteri Angkuh, Tidak Menghormati Perlembagaan Persekutuan – Khaled

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terkilan dengan tindakan yang dilakukan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan rasmi kementerian di dalam Bahasa Mandarin dan bukannya dalam bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu. Menurutnya, tindakan tersebut sangat biadap, menghina dan merendah-rendahkan kedudukan bahasa Melayu yang menjadi perkara asas bukan […]

» Read more
1 2,705 2,706 2,707 2,708 2,709 2,731