Hishammuddin Sedia Disiasat Berhubung Khidmat Tiga Anggota ATM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersedia disiasat berhubung dakwaan tiga anggota pasukan khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih berkhidmat dengannnya walaupun tidak lagi menjadi menteri. Anggota Parlimen Sembrong itu berkata beliau tidak akan menegakkan benang yang basah jika benar wujud kesalahan malah mengalu-alukan sebarang siasatan dalaman yang ingin dilakukan ATM. “Mereka ini […]

» Read more

MCA Sifatkan PRK Dun Balakong Isyarat Untuk Lebih Agresif Dekati Rakyat

BALAKONG, 27 Ogos – Pengarah PRK DUN Balakong parti itu, Datin Paduka Chiew Mei Fun berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong adalah sebagai peringatan kepada semua anggota MCA bahawa parti tersebut perlu lebih agresif mendekati rakyat. “PRK ini adalah kali pertama MCA bertanding atas logo sendiri dan disebabkan sejak ditubuhkan parti itu sentiasa bekerjasama tanpa mengira […]

» Read more

Kerajaan Baharu Perlu Pantau Data Supaya Inflasi Terkawal – Najib

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Kerajaan baharu perlu memantau data dengan teliti supaya peluang pekerjaan dapat dijana dan inflasi terkawal selepas pelaksanaan semula Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST). Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia juga supaya negara tidak jatuh ke dalam kemelesetan ataupun krisis ekonomi dalam jangka pendek seperti yang diramalkan oleh beberapa pakar ekonomi bank. […]

» Read more

PRK Balakong: Calon MCA Mahu Atasi Kesesakan Trafik Jika Diberi Mandat

BALAKONG, 27 Ogos – Mengatasi masalah kesesakan lalu-lintas di Balakong akan menjadi antara keutamaan calon MCA bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Tan Chee Teong jika diberi mandat menjadi wakil rakyat pada 8 Sept ini. Katanya masalah yang dialami penduduk kawasan berkenaan sejak 15 tahun lepas kini diburukkan lagi dengan keadaan permukaan jalan yang berlubang […]

» Read more

BR1M Unsur Rasuah : Alasan Azmin Sangat Dangkal – Khairy

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin membidas kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali yang memberikan alasan pemberhentian BR1M adalah kerana ada unsur rasuah dan menyifatkan kenyataan itu sebagai sangat dangkal. Menurut beliau, jika Azmin menganggap pemberian wang tunai itu sebagai sogokan, maka beliau mencadangkan agar kerajaan menghentikan pemberian bonus dan duit raya kepada […]

» Read more

UMNO Kehilangan Tokoh Berjasa Pada Parti

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah melahirkan rasa dukacita dengan pemergian mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman awal pagi tadi. “Dengan penuh rasa dukacita, UMNO kehilangan seorang tokoh yang berjasa pada parti,” katanya. Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada pukul 2.07 pagi tadi di Hospital Ampang, Selangor. […]

» Read more

Seluruh Kepimpinan UMNO Rakam Ucapan Takziah Atas Pemergian Datuk Seri Zainal Abidin

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Seluruh kepimpinan UMNO merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Dato Seri Zainal Abidin Osman yang telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 2.07 pagi tadi di Hospital Ampang di sini. Allahyarham yang juga merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO pernah memegang jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri dan Timbalan […]

» Read more

Hubungan Saya Dengan Raja Salman Bagaikan Anak dan Bapa – Najib

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bahawa hubungan beliau dan Raja Arab Saudi, Raja Salman adalah seperti hubungan seorang bapa dan anak, di mana ekoran keakraban itu segala perancangan beliau untuk Islam dan umatnya, termasuk memerangi keganasan pelampau Islam Asia Barat ditanggung oleh Raja Salman. Sebab itu menurut beliau, tidak pernah terjadi […]

» Read more

Najib Kesal Kerajaan PH Berhasrat Mahu Hapus BR1M

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan rasa kesal dengan pengumuman Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bahawa kerajaan berhasrat untuk mengurangkan jumlah BR1M, malah ada perancangan untuk menghapuskan skim bantuan tersebut. Malah, beliau turut kesal apabila Tun Mahathir masih mendakwa bahawa BR1M dibayar dengan menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB yang digunakan bertujuan […]

» Read more

Najib Mahu Kerajaan Tubuh RCI Siasat Isu GST, Cukai Lebih Bayar

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan cukai lebih bayar dengan serta merta. Beliau berkata ini kerana ia melibatkan wang kerajaan sebanyak RM35 bilion. “(Ia) bagi mencari kebenaran untuk memastikan adakah kerajaan BN (Barisan Nasional), […]

» Read more
1 2,659 2,660 2,661 2,662 2,663 2,742