UMNO Kehilangan Tokoh Berjasa Pada Parti

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah melahirkan rasa dukacita dengan pemergian mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman awal pagi tadi.

“Dengan penuh rasa dukacita, UMNO kehilangan seorang tokoh yang berjasa pada parti,” katanya.

Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada pukul 2.07 pagi tadi di Hospital Ampang, Selangor.

Justeru beliau mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham, Datin Seri Nur Syafiqa Melvin serta keluarga di atas pemergian beliau.

“Semoga banyakkan bersabar dan marilah kita berdoa semoga Allah merahmati roh Allahyarham serta ditempatkannya bersama-sama mereka yang beriman. Amin.” – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.