Seluruh Kepimpinan UMNO Rakam Ucapan Takziah Atas Pemergian Datuk Seri Zainal Abidin

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Seluruh kepimpinan UMNO merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Mantan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Dato Seri Zainal Abidin Osman yang telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 2.07 pagi tadi di Hospital Ampang di sini.

Allahyarham yang juga merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO pernah memegang jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri dan Timbalan dan Penasihat Khas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Difahamkan allahyarham meninggal dunia akibat penyakit kanser darah (multiple myeloma).

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sg. Acheh, Nibong Tebal selepas Asar hari ini.

Semoga Allah swt menempatkan roh allahyarham di kalangan orang-orang beriman… Al Fatihah. –MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.