Najib Mahu Kerajaan Tubuh RCI Siasat Isu GST, Cukai Lebih Bayar

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan cukai lebih bayar dengan serta merta.

Beliau berkata ini kerana ia melibatkan wang kerajaan sebanyak RM35 bilion.

“(Ia) bagi mencari kebenaran untuk memastikan adakah kerajaan BN (Barisan Nasional), (Jabatan) Kastam dan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) telah melakukan pecah amanah ataupun kerajaan PH hanya meneruskan permainan politik mereka,” katanya dalam catatan di Facebook dan Twitter.

Beliau percaya rakyat perlu tahu dan diberi kefahaman apakah sebenarnya yang berlaku berlandaskan fakta.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.