Mahasiswa Dalam Dan Luar Negara Mula Berkumpul Di PWTC Sempena PAU 2018

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Seramai 69 mahasiswa dalam dan luar negara mula berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menyertai Perhimpunan Agung UMNO 2018 (PAU 2018) yang bakal membuka tirai pada 28 – 30 September ini. Daripada jumlah tersebut, 54 orang merupakan perwakilan daripada mahasiswa dalam negeri dan 15 orang daripada Kelab UMNO Luar Negara (KULN). Penyertaan mereka […]

» Read more

Jom Ikuti Facebook ‘Live’ Ucapan Utama Perhimpunan Agung UMNO 2018

KUALA LUMPUR, 27 – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2018 akan membuka tirainya pada esok, Jumaat yang bakal menghimpunkan bukan sahaja para perwakilan dan pemimpin parti dari seluruh negara malahan ahli-ahli dari akar umbi, penyokong serta masyarakat umum pasti akan tertumpu kepadanya. Seperti kelaziman saban tahun, semua pihak akan mengikuti beberapa acara dan majlis seperti persidangan setiap sayap pergerakan dan juga […]

» Read more

Fokus Kepada Peralihan Generasi Selepas Era Dr Mahathir Dan Anwar – KJ

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Malaysia perlu fokus terhadap peralihan generasi dalam politik selepas era kepemimpin Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan penggantinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata negara mempunyai ramai pemimpin muda berbakat dan kemunculan generasi baharu ahli politik akan memberi isyarat kepada perubahan politik di Malaysia. “Tun Mahathir adalah seorang yang hebat tetapi dia berusia 93 tahun, saya fikir beliau akan berkhidmat selagi kesihatannya mengizinkan. Anwar perlu menjadi perdana menteri selepas itu kerana jika […]

» Read more

Baru Kalah Sekali… Jangan Mengalah, UMNO Mampu Bangkit – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Ahli-ahli UMNO diseru jangan putus harapan dengan kekalahan parti yang berlaku pertama kali dalam sejarah, kerana UMNO mampu untuk bangkit semula kerana parti ini mempunyai  track record  yang baik sepanjang 61 tahun menjadi tonggak utama pentadbiran kerajaan di negara ini, demikian kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. Menurutnya, takkanlah baru sekali UMNO tewas […]

» Read more

UMNO Pahang Kemuka Usul Pulihkan Kembali Parti

MARAN, 26 Sept – Badan Perhubungan UMNO Pahang akan membentangkan beberapa usul pada Perhimpunan Agung UMNO 2018 termasuk berhubung cara meraih dan memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap parti berkenaan. Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata walaupun mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas, semua anggota dan pemimpin parti itu tidak seharusnya berputus asa. “UMNO perlu cari jalan bagaimana untuk kembalikan keyakinan rakyat. Masih ramai percaya kepada perjuangan UMNO. […]

» Read more

Tutup Pusat Tahfiz Bukan Jalan Penyelesaian Terbaik – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasa amat kecewa dengan keputusan Menteri Wilayah untuk menutup semua Pusat Tahfiz yang tidak berdaftar dan menyifatkan tindakan itu seolah-olah bersikap berlepas tangan daripada tanggungjawab sebuah kerajaan pemerintah. Menurut beliau, memang benar banyak Pusat Tahfiz yang tidak berdaftar di dalam keadaan yang uzur dan boleh mendatangkan bahaya […]

» Read more

Saksikan ‘Live’ Bersama Timbalan Presiden UMNO, Berbicara Mengenai Perkasakan Parti Malam Ini

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan akan tampil bersiaran secara langsung pada malam ini bagi mengupas topik perbincangan yang berkisar mengenai memperkasakan parti sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018 pada 28-30 September ini. Program diskusi yang bersiaran secara langsung pada jam 9 malam ini melalui facebook rasmi UMNO Online turut menampilkan Datuk Dr Azizan Abdul […]

» Read more

Desak Ahli MBIP Letak Jawatan

JOHOR BAHRU 26 Sept. – Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Johor mendesak pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) melucutkan jawatan Ahli Majlis, Chan Wei Khjan serta-merta kerana tidak menjalankan amanah seiring dengan jawatannya. Wakilnya, Pandak Ahmad berkata, desakan itu dibuat setelah ahli majlis berkenaan gagal untuk menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya dalam urusan rasmi ketika menjemput penduduk awam di Skudai ke […]

» Read more

UMNO Kecam Penggunaan Bahasa Cina Dan Inggeris Dalam Urusan Surat Rasmi

KUAlA LUMPUR, 26 Sept – UMNO mengecam tindakan Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Putri, Johor yang menggunakan bahasa Cina dan Inggeris dalam satu surat jemputan rasmi. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan tindakan menjemput dalam bahasa lain selain bahasa Melayu ini jelas bercanggah dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan yang wajib digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan dan tidak terkecuali […]

» Read more

UMNO Bersama BN Bentuk ‘Shadow Cabinet’ Main Peranan ‘Check And Balance’ PH

KUALA LUMPUR, 26 Sept – UMNO dengan kerjasama parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) telah membentuk ‘shadow cabinet’ menggunakan sistem jawatankuasa portfolio (JKP) bagi setiap kementerian di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH). Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, setiap JKP tersebut terdiri daripada pengerusi bersama oleh dua orang ahli Parlimen BN. “JKP ini nanti akan melantik sekurang-kurangnya tiga orang […]

» Read more
1 2,639 2,640 2,641 2,642 2,643 2,746