UMNO Bersama BN Bentuk ‘Shadow Cabinet’ Main Peranan ‘Check And Balance’ PH

KUALA LUMPUR, 26 Sept – UMNO dengan kerjasama parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) telah membentuk ‘shadow cabinet’ menggunakan sistem jawatankuasa portfolio (JKP) bagi setiap kementerian di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, setiap JKP tersebut terdiri daripada pengerusi bersama oleh dua orang ahli Parlimen BN.

“JKP ini nanti akan melantik sekurang-kurangnya tiga orang lagi dari kalangan profesional termasuk di kalangan wanita dan pemuda khususnya barisan pelapis.

“JKP ini juga berperanan untuk memainkan peranan ‘check and balance’ bagi setiap kementerian di bawah kerajaan PH. Ia juga sebagai ‘policy watch’ serta menggubal dasar alternatif menyaingi dasar PH,” ujar beliau dalam satu sidang media di Auditarium Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Tambah Annuar, semua JKP ini kelak akan turut terlibat dalam penggubalan belanjawan alternatif yang diketuai oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

UMNO turut mengalu-alukan penyertaan daripada parti blok pembangkang iaitu Gagasan Sejahtera (GS) dan Gabungan Parti Sarawak sekiranya mereka berhasrat menyertai JKP ini.- MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.