Jom Ikuti Facebook ‘Live’ Ucapan Utama Perhimpunan Agung UMNO 2018

KUALA LUMPUR, 27 – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2018 akan membuka tirainya pada esok, Jumaat yang bakal menghimpunkan bukan sahaja para perwakilan dan pemimpin parti dari seluruh negara malahan ahli-ahli dari akar umbi, penyokong serta masyarakat umum pasti akan tertumpu kepadanya.

Seperti kelaziman saban tahun, semua pihak akan mengikuti beberapa acara dan majlis seperti persidangan setiap sayap pergerakan dan juga persidangan Perhimpunan Agung UMNO itu sendiri, di samping beberapa program sampingan seperti persidangan mahasiswa, pameran, karnival jualan dan sebagainya.

Atas tanggungjawab menyampaikan maklumat yang tepat di samping bagi memberi peluang kepada semua sama ada yang hadir atau berada di mana sahaja mengikuti persidangan tersebut, UMNO Online akan membawakan siaran secara langsung (Facebook Live) melalui medium facebook rasmi parti, facebook.com/mediaumnomalaysia.

Berikut merupakan majlis dan acara yang akan disiarkan secara ‘Facebook Live’;

1. Ucapan Timbalan Presiden merasmikan Persidangan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 28 September (Jumaat), jam 9 malam.

2. Upacara menaikkan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ pada 29 September (Sabtu), jam 8 pagi.

3. Ucapan Dasar Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 29 September (Sabtu), jam 9 pagi.

4. Ucapan penggulungan Ketua-ketua Sayap UMNO pada 29 September (Sabtu) dijangka pada jam 4 petang.

5. Ucapan Dasar Presiden UMNO pada 29 September (Sabtu), jam 9 malam.

6. Ucapan penggulungan Presiden UMNO pada 30 September (Ahad), dijangka pada jam 4 petang.

Justeru, jangan ketinggalan untuk menyaksikan siaran secara langsung tersebut yang pastinya dapat memberikan informasi yang berguna khususnya tentang hala tuju dan perjuangan UMNO dalam mendepani segala cabaran politik yang mendatang. – Media UMNO.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.