Saksikan ‘Live’ Bersama Timbalan Presiden UMNO, Berbicara Mengenai Perkasakan Parti Malam Ini


KUALA LUMPUR, 26 Sept – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan akan tampil bersiaran secara langsung pada malam ini bagi mengupas topik perbincangan yang berkisar mengenai memperkasakan parti sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018 pada 28-30 September ini.

Program diskusi yang bersiaran secara langsung pada jam 9 malam ini melalui facebook rasmi UMNO Online turut menampilkan Datuk Dr Azizan Abdul Majid sebagai moderator.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan perbincangan secara langsung ini yang pastinya dapat memberikan informasi yang berguna khususnya tentang hala tuju dan perjuangan UMNO sebagai parti yang progresif dalam mendepani segala cabaran politik yang mendatang. – MediaUMNO