Mahasiswa Dalam Dan Luar Negara Mula Berkumpul Di PWTC Sempena PAU 2018

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Seramai 69 mahasiswa dalam dan luar negara mula berkampung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menyertai Perhimpunan Agung UMNO 2018 (PAU 2018) yang bakal membuka tirai pada 28 – 30 September ini.

Daripada jumlah tersebut, 54 orang merupakan perwakilan daripada mahasiswa dalam negeri dan 15 orang daripada Kelab UMNO Luar Negara (KULN).

Penyertaan mereka pada kali ini adalah untuk turut serta menjayakan PAU 2018 dan membincangkan hala tuju mahasiswa dan KULN dalam membantu mengukuhkan kembali parti UMNO ini setelah kerajaan bertukar kuasa.

Bermula hari ini, pelbagai aktiviti telah diatur untuk mereka termasuklah beberapa siri perjumpaan bersama pemimpin parti.

Penghujungnya, seramai dua wakil mahasiswa mewakili dalam dan luar negara setiap seorang akan dipilih untuk berucap pada persidangan agung sayap parti iaitu Pemuda dan wanita dan seterusnya ke PAU 2018.

Sementara itu, hanya seorang wakil bakal mewakili KULN akan berucap di persidangan sayap Puteri.– MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.