Ahmad Zahid Tolak Ikat Jamin – Isteri

PUTRAJAYA, 18 Okt – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak cadangan peguamnya bagi membuat permohonan kebenaran untuk diikat jamin supaya tidak ditahan di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. Perkara itu dimaklumkan isterinya Datin Seri Hamidah Khamis ketika ditemui pemberita di perkarangan bangunan SPRM. “Peguam nak bagi dia keluar tetapi dia tak nak. Dia (Ahmad […]

» Read more

Tol ‘Free’ Dah Jadi Mimpi, Najib ‘Petik’ Kit Siang?

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Kedangkalan menteri kabinet Pakatan Harapan (PH) dalam menjawab dan menyelesaikan sesuatu isu membuatkan mereka sering menjadi bahan di’troll’. Jika sebelum ini antara yang pernah menjadi ‘mangsa’ adalah seperti Menteri Kewangan, Menteri Industri Asas Tani, Menteri Pendidikan serta Menteri Belia dan Sukan, terbaru giliran Menteri Kerja Raya pula. Hari ini, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib […]

» Read more

Ahmad Zahid Ditahan Untuk Pendakwaan

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ditahan untuk pendakwaan berhubung siasatan salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara. Dalam satu kenyataan media oleh pihak Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM, penahanan dibuat pada jam 3.15 petang di Ibu Pejabat […]

» Read more

Tindakan Ke Atas Pemimpin UMNO Bermotif Politik

JOHOR BAHRU, 18 Okt – Sejak akhir-akhir ini, terdapat tindakan yang dikenakan ke atas pemimpin UMNO yang disifatkan adalah bermotifkan politik dan percaya ia merupakan pendakwaan yang dibuat secara terpilih, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad. Tegasnya, UMNO sudah terlibat secara langsung dalam menggubal undang-undang Persekutuan dan sejak itu, UMNO sentiasa berpegang teguh kepada keluhurannya. […]

» Read more

Cara Jahat Kezaliman 1998 Seperti Mahu Diulangi Pada Tahun 2018

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini nampaknya masih berusaha keras supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga dianggap jahat oleh masyarakat apabila cuba mengaitkan pemimpin Islam itu kononnya menggunakan wang 1MDB, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib. Ujarnya, sekian lama sejak 1998 Dr Mahathir berjaya memberi label […]

» Read more

Ahmad Zahid Tiba Di SPRM

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini tiba di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 3 petang. Beliau yang memakai baju batik kemudiannya melambaikan tangan kepada pengamal media yang menunggu ketibaanya di pintu masuk sejak awal petang tadi sebelum memasuki pejabat berkenaan. Ahmad Zahid semalam diminta hadir hari ini di […]

» Read more

“Bina Jambatan Kecil Pun Tidak Mampu, Bagaimana Nak Buat Jambatan Bengkok?” – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 18 Okt – “Kerajaan Singapura pun tidak setuju dengan pembinaan jambatan bengkok jadi jambatan ni nak ‘landing’ di tanah mana…?” itu persoalan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berhubung cadangan untuk melaksanakan semula projek jambatan bengkok yang pernah menjadi agenda Tun Dr Mahathir Mohamad. Jelas beliau, kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) seharusnya mengutamakan keperluan […]

» Read more

Tindakan Menteri Melangkaui Kuasa Speaker Ditempelak Ahli Parlimen Kerajaan Sendiri

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Dewan Rakyat hari ini meriah apabila Ahli Parlimen kerajaan sendiri mempersoalkan tindakan menteri yang melangkaui bidang kuasa Speaker Dewan Rakyat. Ini terjadi apabila Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH), Sungai Petani Datuk Johari Abdul membangkitkan isu bidang kuasa Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad yang mengenakan larangan merokok di Parlimen bermula kelmarin. Johari menegaskan bahawa menteri tiada […]

» Read more

UMNO Selangor, P. Pinang Berdiri Teguh Pertahan Presiden

KUALA LUMPUR, 18 Okt – UMNO Selangor menyatakan sokongan penuh dan akan terus berdiri teguh bersama Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam menghadapi tekanan dari kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini. Pengerusinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga memanjatkan doa kepada Allah SWT agar dikurniakan kesabaran dan ketabahan kepada Datuk Seri Presiden dalam melalui saat-saat yang menggetirkan ini. […]

» Read more

Bangkitlah Puteri! Bangkitlah Pejuang UMNO Sejati! Bersama-sama Kita Bersolidariti! – Zahida

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan menyeru seluruh ahli khususnya sayap parti berkenaan agar bersama-sama menunjukkan solidariti dan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada institusi kepresidenan parti. Seruan Zahida tersebut rentetan daripada tidakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang akan memanggil Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi […]

» Read more
1 2,623 2,624 2,625 2,626 2,627 2,752