Ahmad Zahid Tiba Di SPRM

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini tiba di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 3 petang.

Beliau yang memakai baju batik kemudiannya melambaikan tangan kepada pengamal media yang menunggu ketibaanya di pintu masuk sejak awal petang tadi sebelum memasuki pejabat berkenaan.

Ahmad Zahid semalam diminta hadir hari ini di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya untuk diambil keterangan buat kali keenam.

Ahmad Zahid diminta ke ibu pejabat SPRM tiga kali berturut-turut minggu lepas selepas berbuat demikian sebanyak dua kali pada Julai lalu.

Sementara itu, diluar perkarangan Pejabat SPRM, kelihatan pimpinan UMNO serta rakan-rakan seperjuangan dalam parti berkumpul menyatakan solidariti kepada Presiden UMNO berkenaan. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.