Kekang Anasir Pecah-Belah Keharmonian Kaum, Jangan Biarkan Melarat – Pemuda Setiawangsa

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa berharap pihak berkuasa tegas mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecah-belahkan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini. Naib Ketuanya, Fadzmel Fadzil menggesa agar jangan dibiarkan isu tersebut berleluasa dan semua pihak bersama-sama mengekangnya sebelum ia merebak menjadi isu yang lebih mudarat. Justeru, hari ini Pemuda UMNO Setiawangsa telah membuat […]

» Read more

PRK Cameron Highlands: 26 Jan 2019 Hari Pengundian, Penamaan 12 Jan

PUTRAJAYA, 19 Dis – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands akan diadakan pada 26 Jan 2019. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun berkata hari penamaan calon diadakan pada 12 Jan, manakala hari mengundi awal pada 22 Jan. “Tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 14 hari, bermula pada hari penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam 25 Jan 2019,” katanya […]

» Read more

Kematian Adib Serius : Tubuh Suruhanjaya Diraja Dan Heret Semua Ke Muka Pengadilan Termasuk Menteri

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil berkata bukan empat orang penjenayah yang telah memukul anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim sehingga mati perlu bertanggungjawab tetapi pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri dan Persekutuan juga perlu bertanggungjawab kerana urusan kes perpindahan kuil di USJ tersebut adalah di bawah bidang kuasa mereka. Jelas beliau, menteri-menteri yang bertanggungjawab membuat kenyataan-kenyataan hasutan dan […]

» Read more

Ahmad Zahid Berjiwa Besar, Masa Untuk UMNO Maju Ke Depan

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana berjiwa besar dan mendengar suara akar umbi dengan memberikan kepercayaan kepada Datuk Seri Mohammad Hassan selaku Timbalan Presiden untuk menjalankan tugas-tugas sebagai Presiden UMNO. “Sebagaimana amanat beliau, saya juga mengharapkan agar segala polemik berkaitan dengan […]

» Read more

Ahmad Zahid Beri Kepercayaan Timbalan Jalankan Tugas Presiden UMNO

  KUALA LUMPUR, 18 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengambil keputusan untuk memberi kepercayaan kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menjalankan tugas-tugas sebagai Presiden. Tegasnya, demi keutuhan UMNO dan demi kepentingan pimpinan di semua peringkat terutama Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN serta UMNO Bahagian-bahagian, langkah-langkah menyelamatkan UMNO harus dilakukan segera. “Berdasarkan kepada kemelut yang […]

» Read more

Wacana U3.0 Malam Ini Tampilkan Ahmad Zahid Dalam ‘Sesi Dari Hati Ke Hati Bersama Presiden UMNO’

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Hal berkaitan Presiden UMNO mula dijadikan polemik dalam politik harian sejak berlaku Ahli Parlimen yang menyeberangi dan menyokong Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Selaras dengan itu, Wacana U3.0 akan menampilkan ‘Sesi Dari Hati Ke Hati Bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi’ pada jam 9.00 malam ini. Dalam wacana tersebut, Dr Ahmad Zahid dijangka […]

» Read more

Keadaan Dalam PH Tak Menentu, Kenapa Terburu-buru Melompat?

KUALA LUMPUR,  18 Dis – Datuk Seri Najib Razak menasihatkan ahli Parlimen Barisan Nasional tidak terburu-buru melompat ke Pakatan Harapan (PH) kerana ada banyak ketidaktentuan dalam gabungan parti pemerintah itu. Bekas perdana menteri itu menyifatkan wakil rakyat yang melompat parti sebagai tidak berprinsip dan “biasanya mereka tidak dapat bertahan lama” kerana akan dihukum pengundi. Katanya, wakil rakyat yang bertanding atas […]

» Read more

Kenang Adib Dengan Mencari Keadilan Untuknya – Khaled

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengajak seluruh rakyat negara ini untuk mengenang pengorbanan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang maut dalam rusuhan kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dengan mencari keadilannya untuknya. Jelas beliau, kematian Adib harus ada pembelaan sewajarnya dan tiada sesiapapun yang boleh bertindak di luar batas […]

» Read more

BN Pahang Kekal Utuh Berkhidmat Kepada Rakyat

KUANTAN, 18 Dis – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddinmenegaskan Barisan Nasional (BN) Pahang masih kukuh dan mampu untuk terus membela kebajikan rakyat di negeri ini walaupun terpaksa berhadapan pergolakan politik dalam negara pada masa kini. Mohd Sharkar berkata rakyat juga tidak perlu risau dengan desas desus mengatakan ada di kalangan Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan […]

» Read more
1 2,582 2,583 2,584 2,585 2,586 2,761