Cameron Highlands Dan Kemenangan Yang Manis, Terima Kasih Semua

KUALA LUMPUR, 27 Jan – Keputusan Pilihan Raya Kecik (PRK) di Cameron Highlands bukan sahaja sangat penting, tetapi juga kemenangan yang manis dan penuh pengajaran, kata Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan. Katanya, manis kerana kita meraih kemenangan dikala kita tidak punya segalanya kecuali perpaduan dan kesatuan dalam mencapai matlamat yang lebih besar. “Penuh pengajaran […]

» Read more

Blok Politik Baharu UMNO-Pas Mampu Saingi PH

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands semalam membuktikan kerjasama UMNO-Pas boleh membentuk satu blok politik baharu yang kuat untuk menyaingi Pakatan Harapan mendepani cabaran Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, walaupun kedua-dua parti itu mempunyai pertentangan dalam beberapa aspek namun telah menampakkan beberapa […]

» Read more

Tengku Hasanal: Pewaris “Raja Dan Rakyat Berpisah Tiada”

KUANTAN, 27 Jan – Nama dan gambar Tengku Panglima Besar Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mula tular di media sosial dan menjadi perhatian umum selepas ayahandanya Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimasyhurkan menjadi Sultan Pahang keenam pada 15 Jan lalu. Raut wajahnya yang tenang dengan senyum tidak lekang dari bibirnya dalam setiap potret yang dirakamkan, mencuri perhatian netizen […]

» Read more

Syukur Atas Kemenangan, Agenda Penyatuan Ummah Membuahkan Hasil – Mohamad Hasan

TANAH RATA, 26 Jan – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan bersyukur kerana BN dapat mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan majoriti yang lebih besar. Menurutnya, ternyata strategi yang dirancangkan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands ini membuahkan hasil. “Syukur Alhamdulillah saya berasa amat gembira dan mengucapkan syukur ke hadrat Allah taala kerana keputusan […]

» Read more

Pas Ucap Tahniah, Kemenangan BN Langkah Positif Blok Pembangkang Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 26 Jan – PAS mengucapkan tahniah di atas kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dengan majoriti yang lebih besar dalam PRK Cameron Highlands, dan melihat keputusan ini sebagai perkembangan positif ke arah kerjasama blok pembangkang yang lebih baik, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. “Syukur kepada Allah dengan hidayah-Nya yang memberi petunjuk kepada pengundi untuk memilih calon […]

» Read more

Kemenangan PRK Cameron Highlands Isyarat BN Tetap Jadi Pilihan Rakyat

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Keputusan dengan majoriti yang bertambah kepada calon BN adalah petanda atau isyarat bahawa Barisan Nasional (BN) tetap menjadi pilihan rakyat, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. “Kemenangan yang besar ertinya dan pasti saya ingin ucapkan tahniah. “Rakaman ucapan ribuan terima kasih kepada seluruh pimpinan, jentera kempen UMNO dan BN, serta PAS PRK078 […]

» Read more

BN Bangkit, Pertahan Kemenangan Parlimen Cameron Highlands, Majoriti Meningkat

TANAH RATA, 26 Jan – Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands dengan memperoleh 12,038 undi menewaskan calon kitar semula Dap yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dan dua lagi calon Bebas. Majoriti yang diperoleh calon BN, Ramli Mohd Nor meningkat kepada 3,238 undi berbanding 597 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Keputusan PRK […]

» Read more

Manogaran Sengaja Cabar Akta SPR – Ismail Sabri

KUALA LIPIS, 26 Jan — Pemangku Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoal tindakan calon Pakatan Harapan (PH) M. Manogaran memakai baju berlogo parti dalam perkarangan pusat pengundian yang disifatkannya sebagai sengaja mencabar Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Beliau berkata tindakan bertentangan dengan akta SPR dibuat calon PH bersama jenteranya bermula sejak penamaan calon sehingga ke hari ini, berhubung perkara seperti pengedaran […]

» Read more

Macam Mana SPR Boleh Benarkan Calon PH Masuk Kawasan Mengundi Dengan Berlogo Parti?

TANAH RATA, 26 Jan – Macam mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh benarkan calon Pakatan Harapan (PH) masuk ke dalam kawasan tempat pembuangan undi di SK Senderut dengan memakai baju berlambang logo parti? Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan tindakan tersebut ekoran ia jelas bertentangan dengan peraturan SPR sendiri dan telah melakukan kesalahan. “Sudah banyak kesalahan-kesalahan […]

» Read more

Jentera BN Diminta Terus Pastikan Pengundi Laksana Tanggungjawab

TANAH RATA, 26 Jan – Jentera Barisan Nasional (BN) diminta untuk terus giat melaksanakan peranan khususnya dalam memastikan pengundi-pengundi melaksanakan tanggungjawabnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands hari ini. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah turut hadir melakukan tinjauan kepada petugas BN di Sek Keb Terisu yang menjadi pusat mengundi. Suruhanjaya Pilihan Raya melaporkan sebanyak 15 peratus […]

» Read more
1 2,557 2,558 2,559 2,560 2,561 2,769