Pas Ucap Tahniah, Kemenangan BN Langkah Positif Blok Pembangkang Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 26 Jan – PAS mengucapkan tahniah di atas kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dengan majoriti yang lebih besar dalam PRK Cameron Highlands, dan melihat keputusan ini sebagai perkembangan positif ke arah kerjasama blok pembangkang yang lebih baik, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Syukur kepada Allah dengan hidayah-Nya yang memberi petunjuk kepada pengundi untuk memilih calon beragama Islam bagi mewakili rakyat dan masyarakat majmuk di Parlimen Cameron Highlands,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, kekalahan DAP dan PH dalam PRK ini menjadi isyarat penolakan rakyat terhadap kegagalan PH dalam menunaikan janji mereka, di samping menjadi petanda rakyat menolak budaya politik melampau yang dibawa oleh DAP.

“Setinggi penghargaan diucapkan kepada ahli dan jentera PAS dari seluruh negeri dan negara yang turut membantu dalam kempen PRK Cameron Highlands ini.

“Kepada Tuan Ramli Mohd Nor, semoga beliau dapat membawa suara pembela agama, bangsa dan negara dengan sebaiknya di Parlimen.

“Islam Memimpin.” – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.