UMNO-PAS Kuala Kangsar Tubuh Jawatankuasa Bersama

KUALA KANGSAR 19 Mac – UMNO Bahagian dan Pas Kawasan Kuala Kangsar menubuhkan dua jawatankuasa bertindak khusus untuk menggerakkan program penyatuan ummah di kawasan Parlimen Kuala Kangsar. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Mohd. Zuraimi Razali berkata, jawatankuasa yang ditubuhkan itu ialah Jawatankuasa Kecil Penerangan dan Ceramah dan Jawatankuasa Kebajikan yang digerakaan secara bersama oleh kedua-dua buah parti itu. Menurutnya, […]

» Read more

PH Kerajaan Yang Gagal… Hutang Makin Banyak Tapi Rakyat Tak Dapat Apa – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Pakatan Harapan (PH) adalah kerajaan yang gagal kerana gagal dalam menunaikankan janji manifesto, gagal dalam mentadbir negara dan dari segi ekonomi hutang makin bertambah disebabkan perlu dipotong intensif faedah kepada rakyat, tegas Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya, sepatutnya kalau benar kerajaan dah berjimat maka hutang semakin […]

» Read more

UMNO Sahkan Saman Akan Diteruskan Kepada Pemimpin Lompat Parti

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa hari ini mengesahkan bahawa UMNO akan meneruskan tindakan menyaman bekas wakil rakyat yang melompat parti selepas Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu. Pengesahan ini dibuat berikutan laporan yang disiarkan oleh portal Malaysiakini semalam yang mengatakan UMNO tidak akan meneruskan saman tersebut. “Malaysiakini […]

» Read more

Sultan Johor Batal Program Jamuan Sempena Hari Keputeraan, Tumpu Pada Mangsa Di Pasir Gudang

JOHOR BAHRU, 19 Mac – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini menitahkan penganjuran dua acara sempena Hari Keputeraan baginda iaitu Majlis Jamuan Teh serta Majlis Jamuan Negeri dibatalkan. Sultan Ibrahim, dalam satu kenyataan dikeluarkan Royal Press Office (RPO) menerusi laman Facebook rasmi baginda di sini hari ini bertitah, keputusan tersebut dilakukan demi rakyat kerana sedih melihat ada […]

» Read more

MP Pembangkang Keluar Dewan, Protes Keputusan Tidak Adil Timbalan Speaker

  KUALA LUMPUR, 19 Mac – Ahli-ahli Parlimen pembangkang hari ini bertindak keluar Dewan sebagai tanda protes dengan keputusan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming yang menggantung Tan Sri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) selama tiga hari. Tindakan keluar Dewan tersebut sebagai tanda tidak berpuas hati dengan penyalahgunaan kuasa dan keputusan yang tidak adil oleh Timbalan Speaker. Ketua Pembangkang, […]

» Read more

UMNO Dan Politik Kemajmukan, Dap Jahil Amalan Bernegara Malaysia

Semenjak UMNO dan PAS berunding untuk mengukuhkan kesatuan orang Melayu, pelbagai kata nista dilemparkan. UMNO dan pemimpinnya digelar ‘Malay supremist’, rasis dan pelbagai gelaran lain. UMNO dituduh menggunakan sentimen perkauman dan agama untuk meraih sokongan. Lim Guan Eng menuduh bahawa kerjasama UMNO PAS adalah ‘a declaration of war against the non Malays’. Manakala Chong Chieng Jen menyokong kenyataan Ngar Kor […]

» Read more

PH Perlu Cakap Serupa Bikin, Buktikan Pentingkan Perpaduan Tanpa Iktiraf UEC

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Hari ini Pakatan Harapan (PH) yang menerajui (kononnya) Malaysia Baharu sering menjenamakan diri sebagai parti yang lebih mementingkan perpaduan, maka buktikanlah dan cakap biar serupa bikin, tegas Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan. Beliau berkata demikian berikutan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching semalam menerusi Twitter beliau telah memaklumkan tentang pengambilan Program Ijazah […]

» Read more

Ahli Parlimen Dap ‘Panas’ Diusik Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 18 Mac – “Saya berbuat demikian kerana yang menuduh Dap itu rasis, anti Islam adalah datang dari sebelah sana yang sekarang menjadi ketua kerajaan,” tegas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Jawapan Ahli Parlimen Ketereh itu merujuk kepada persoalan yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Dap dari Batu Kawan, P. Kasthuriraani yang mempersoalkan tindakan Annuar beberapa tahun lalu […]

» Read more

Jom Saksikan ‘FB Live’ Dari Parlimen Bersama Ketua Pembangkang, Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR, 18 Mac – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi ucapannya minggu lalu dalam Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja mengharapkan agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) fokus kepada perkara yang menyentuh kepentingan dan kebajikan rakyat daripada berterusan mengamalkan budaya ‘blame game’, sebagai tiket menghalalkan kegagalan mereka. Antara yang dibangkitkan adalah mengenai permasalahan ekonomi negara semakin bertimbun […]

» Read more

Kerjasama PAS-UMNO Di Melaka Bukan Main-Main

MELAKA 18 Mac – Pas dan UMNO Melaka menyifatkan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua parti itu bukan sesuatu yang dibuat-buat atau perkara main-main kerana ia melibatkan penyatuan antara kaum Melayu dan umat Islam dan pada masa yang sama tidak meminggirkan kaum-kaum lain. Pesuruhjaya Pas negeri, Kamaruddin Sidek berkata, pihaknya serius dalam merealisasikan hubungan baik itu untuk menjalinkan kerjasama dalam apa […]

» Read more
1 2,516 2,517 2,518 2,519 2,520 2,779