Jom Saksikan ‘FB Live’ Dari Parlimen Bersama Ketua Pembangkang, Ismail Sabri Yaakob


KUALA LUMPUR, 18 Mac – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi ucapannya minggu lalu dalam Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja mengharapkan agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) fokus kepada perkara yang menyentuh kepentingan dan kebajikan rakyat daripada berterusan mengamalkan budaya ‘blame game’, sebagai tiket menghalalkan kegagalan mereka.

Antara yang dibangkitkan adalah mengenai permasalahan ekonomi negara semakin bertimbun malah berasaskan laporan Bank Negara Malaysia (BNM), hutang negara semakin meningkat selepas PH memerintah iaitu dari RM731.34 bilion pada suku ketiga kepada RM741.05 bilion pada suku keempat 2018.

Begitu juga mengenai tindakan kerajaan PH yang suka menjual aset-aset kerajaan, menjarah duit Petronas serta kerugian buat kali pertama sayap pelaburan negara, Khazanah Nasional Berhad sejak tahun 2005, sebanyak RM6.2 bilion pada 2018.

Justeru malam ini, Penerangan UMNO Malaysia akan menampilkan beliau menerusi sesi bicara bersama Ketua Pembangkang, yang juga Ahli Parlimen Bera dan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden parti dalam slot ‘Dari Parlimen’ bagi mengupas isu-isu yang dibangkit oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.

‘Dari Parlimen’ akan bersiaran secara langsung pada pukul 9 malam ini di Facebook parti, https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya dan bersama-sama mengikuti kupasan dari tetamu jemputan. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.