UMNO-PAS Kuala Kangsar Tubuh Jawatankuasa Bersama

KUALA KANGSAR 19 Mac – UMNO Bahagian dan Pas Kawasan Kuala Kangsar menubuhkan dua jawatankuasa bertindak khusus untuk menggerakkan program penyatuan ummah di kawasan Parlimen Kuala Kangsar.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Mohd. Zuraimi Razali berkata, jawatankuasa yang ditubuhkan itu ialah Jawatankuasa Kecil Penerangan dan Ceramah dan Jawatankuasa Kebajikan yang digerakaan secara bersama oleh kedua-dua buah parti itu.

Menurutnya, kedua-dua jawatankuasa tersebut akan bertemu masyarakat khususnya ahli kedua-dua parti untuk memberi penerangan mengenai isu-isu semasa.

“Keputusan menubuhkan dua jawatankuasa ini dicapai selepas pertemuan pemimpin UMNO dan Pas Kuala Kangsar yang pertama kali diadakan di sini baru-baru ini.

“Jawatankuasa ini juga akan mengeratkan lagi lagi hubungan kedua-dua buah parti,” katanya di sini. – UTUSAN ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.