Kabinet Lemah, Kena Rombak – Abdul Hadi

MARANG 22 Mac – Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepatutnya dirombak bagi melantik barisan menteri baharu yang lebih berwibawa dan efisyen dalam mengurus tadbir negara demi kesejahteraan rakyat. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpendapat, malah beliau sendiri sebelum ini pernah mencadangkan supaya kerajaan teknokrat dibentuk dan para menteri tidak semestinya dilantik dalam kalangan ahli poliitik semata. “Sepatutnya begitulah […]

» Read more

Laporan Kebahagiaan Dunia: PH Gagal Tahap ‘Gaban’, Rakyat Tak Bahagia

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Laporan Kebahagiaan Dunia (World Happiness Index) dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah membuktikan satu lagi kegagalan rejim kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam mentadbir negara, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan. Dilaporkan, semalam kedudukan Malaysia telah jatuh 45 tempat kepada tempat 80 dalam Indeks Kebahagiaan Dunia 2019 berbanding tempat 35 pada tahun 2018. […]

» Read more

Masih Mahu Nafi Sedangkan Naratif Pemikiran Dap Masih Dalam Kerangka Kaum

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid membidas Dap yang masih menafikan bahawa mereka adalah parti yang berfikir dalam kerangka kepentingan sesebuah kaum. Bahkan katanya, dalam konteks perpaduan nasional, pemimpin-pemimpin Dap adalah punca serta pencetus masalah. “Sebenarnya, insiden-insiden membabitkan pemimpin-pemimpin Dap selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) membuktikan bahawa bukan hanya ‘beberapa pihak dalam Dap’ […]

» Read more

Pemuda UMNO Siap Sedia Gempur DUN Rantau, Yakin Tetap Milik BN

KUALA LUMPUR, 22 Mac- Pergerakan Pemuda UMNO siap sedia meneruskan perjuangan dalam memastikan Barisan Nasional (BN) mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan 13 April nanti. Penolong Bendahari Pemuda UMNO, Johari Yazid berkata, sayap UMNO tersebut akan memberikan kerjasama sepenuhnya dan jentera parti juga telah bersedia untuk bekerja kuat agar kemenangan berpihak kepada […]

» Read more

Kerajaan PH Patut Tangani Isu Sensitif Segera, Jangan Tolak Ansur Hal Agama, Raja-raja Dan Perkauman – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 22 Mac – Barisan Pembangkang telah membuat teguran kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuklah dalam perbahasan secara rasmi di Parlimen supaya isu-isu sensitif yang berkaitan agama dan penghinaan kepada Nabi, penghinaan pada Raja-raja dan hal perkauman patut diambil tindakan segera, cepat dan tidak ada bertolak ansur. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan bahawa hal-hal tersebut telah […]

» Read more

Soalan Mudah, Jawapan Merewang-rewang… Kesianlah Menteri Kewangan – Tajuddin

  KUALA LUMPUR, 21 Mac – Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng gagal menjawab dengan jelas berhubung persoalan yang dibangkitkan pada sesi soal jawab menteri pagi tadi di Dewan Rakyat berkaitan tuntutan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Menurut beliau soalan yang dibangkitkan adalah cukup mudah namun kelihatan Guan Eng menjawabnya berpusing-pusing […]

» Read more

‘GST Refund Dirompak’, Menteri PH Enggan Jawab… Ahmad Maslan Rujuk Speaker Dewan Rakyat

  KUALA LUMPUR, 21 Mac- Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pihaknya akan menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berhubung jawapan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat pagi tadi. Menurut beliau, pada sesi soal jawab menteri pagi tadi peraturan mesyuarat 36 (2) dibangkitkan setelah Lim Guan Eng tidak mahu menjawab […]

» Read more

Tahniah PH Lahirkan Pejuang Ganja – BN Selangor

SHAH ALAM 21 Mac – Barisan Nasional (BN) Selangor secara sinis mengucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan (PH) kerana berjaya melahirkan pejuang ganja ketika rakyat sendiri terhimpit dengan pelbagai masalah kos sara hidup. Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail berkata, idea ‘bernas’ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd. Shaid Rosli perlu segera diterjemahkan kerajaan negeri kerana PH melihat ganja lebih penting […]

» Read more

Matlamat Tabung Haji Beri Kebajikan, Bukan Sukarkan Jemaah – Jamil Khir

ALOR SETAR 21 Mac – Matlamat asal Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) ialah untuk menjaga kebajikan jemaah dan pendeposit agensi tersebut, bukannya menyukarkan mereka. Sehubungan itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak meneruskan cadangan memotong bantuan atau subsidi jemaah haji. Katanya, objektif penubuhan Tabung Haji yang telah berusia […]

» Read more

Tunjukkan Solidariti, Tok Mat Hasan Mesti Menang Dengan Mandat Besar Di PRK Rantau – SUA

SEREMBAN, 21 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyeru pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau memilih Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai wakil mereka dengan mandat yang besar. Ini kerana katanya, Mohamad yang mesra dengan panggilan Tok Mat Hasan merupakan simbol kebangkitan semula parti. “Tok Mat merupakan calon dan simbol kebangkitan semula… Tok Mat […]

» Read more
1 2,513 2,514 2,515 2,516 2,517 2,779