Pemuda UMNO Siap Sedia Gempur DUN Rantau, Yakin Tetap Milik BN


KUALA LUMPUR, 22 Mac- Pergerakan Pemuda UMNO siap sedia meneruskan perjuangan dalam memastikan Barisan Nasional (BN) mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan 13 April nanti.

Penolong Bendahari Pemuda UMNO, Johari Yazid berkata, sayap UMNO tersebut akan memberikan kerjasama sepenuhnya dan jentera parti juga telah bersedia untuk bekerja kuat agar kemenangan berpihak kepada Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Pemuda yakin ini adalah tempat Timbalan Presiden UMNO dan kami pasti akan bekerja kuat agar kemenangan yang selesa jadi milik BN

“Insya-Allah… kami yakin rezeki untuk memenangi PRK Rantau ini masih berpihak kepada BN,” katanya kepada UMNO-Online.

Jelasnya, keyakinan tersebut bukan sahaja kerana sokongan kepada BN tetapi juga berdasarkan kepada rekod pentadbiran Pakatan Harapan (PH) hari ini yang menjemukan rakyat.

“Setelah kerajaan baru mentadbir negara rakyat sudah jemu dan jelik, serta tidak puas hati kepada kerajaan sekarang… ini akan menyebabkan mereka yang pernah mengundi PH akan beralih arah menyokong BN seperti yang berlaku di Cameron Highlands dan Semenyih.”

Mahkamah Persekutuan pada Februari lalu telah membatalkan kemenangan Mohamad untuk kerusi di DUN Rantau pada PRU-14 lalu sekali gus PRK perlu diadakan.

Pada PRU-14, Mohamad menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas lawannya Dr S Streram daripada PKR dilarang masuk ke pusat penamaan calon ekoran tidak memiliki pas yang dikeluarkan SPR.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 April sebagai hari mengundi bagi dengan hari penamaan calon adalah pada 30 Mac sementara hari mengundi awal pada 9 April.

PRK DUN Rantau adalah PRK ketujuh diadakan selepas PRU14 dengan yang pertama diadakan di DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos, DUN Balakong dan DUN Seri Setia (8 Sept), Parlimen Port Dickson (13 Okt), Parlimen Cameron Highlands (26 Jan) dan kemudiannya di DUN Semenyih . – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.