Sembilan Tahun, Guan Eng Telah Jual Harta Rakyat Pulau Pinang RM35 Bilion

SEBENARNYA, Menteri Kewayangan kita pernah mengaku bahawa kerajaan Dap Pulau Pinang di bawah dia telah menjual tanah dan aset negeri yang bernilai sebanyak RM35 bilion. Pada masa itu, dia terdesak kerana sebuah NGO telah dedahkan bahawa tanah kerajaan telah senyap-senyap dijual secara rundingan terus, tanpa tender dan tanpa diumumkan kepada satu syarikat swasta dengan harga RM156 juta. Ramai yang berpendapat […]

» Read more

Kerajaan PH Didesak Perjelas Siapa Biaya Kos Pembinaan Lapangan Terbang Kulim

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid mendesak agar kerajaan menjelaskan secara terperinci apakah kos pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta ataupun melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta (FPI). Jelas beliau, perkara ini penting kerana ia melibatkan kewangan negara. “Kita tidak kisah sama ada pembinaan lapangan terbang ini perlu atau tidak sebab […]

» Read more

BERSIH, SPR Akui PH Banyak Lakukan Kesalahan Pilihan Raya… ‘Rule of Law’ Di’capati’kan

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Telus, Bersih, Adil dan mengikut ‘Rule of Law’ yang pernah Pakatan Harapan (PH) janjikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kini menjadi bukti janji manifesto mereka telah di’capati’kan, bidas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Dalam hantaran di Facebooknya, Najib berkata BERSIH dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebulat suara menyatakan PH melakukan […]

» Read more

Kebebasan Pembangkang Disekat, Menteri PH Gagal Beri Penjelasan Di Parlimen – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Kegagalan menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) dan ahli-ahli Parlimen kerajaan membuat penjelasan serta memberikan jawapan tepat berkaitan persoalan atau isu semasa yang diajukan menjadikan perbahasan di Dewan Rakyat tidak membawa sebarang makna, kata Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias. Katanya, sebagai ahli Parlimen yang membawa suara rakyat, barisan pembangkang di Parlimen menimbulkan persoalan yang antaranya sangat […]

» Read more

PAC Bermotif Politik, Isu ‘Morally Wrong’ Tidak Berbangkit… Bercanggah Janji Pilihan Raya PH

JOHOR BAHRU, 27 Mac – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi melihat pengekalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee membuktikan isu ‘morally wrong’ dalam kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berbangkit. Sebenarnya kata beliau, kalau Ronald Kiande bermaruah dia sendiri akan meletak jawatan sebagai Pengerusi PAC kerana dia sudah melompat ke […]

» Read more

BN Cadang Buat Usul Di Parlimen Berkaitan Isu Statut Rome

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Barisan Nasional (BN) bercadang untuk mengemukakan usul dalam sidang Dewan Perlimen hari ini berkaitan Statut Rome yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Namun begitu jelas beliau, penelitian secara terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu dari segi ‘hansard’ Parlimen dan juga Perlembagaan. “Saya telah difahamkan bahawa menteri […]

» Read more

Wisma Putra Diharap Bawa Isu Pengiktirafan Bukit Golan Ke PBB, Hormati Resolusi 497

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Diharapkan Wisma Putra membawa isu pengiktirafan Bukit Golan sebagai wilayah Israel ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi melindungi hak Syria, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) menandatangani pengisytiharan mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas wilayah Bukit Golan yang dipertikaikan mencabul Resolusi Majlis Keselamatan PBB. “Perkembangan terbaru akan menjurus kepada […]

» Read more

Enggan Beri Peluang Pembangkang Mencelah… Timbalan Speaker Berat Sebelah?

  KUALA LUMPUR, 26 Mac – Berat sebelah! Itu yang boleh disimpulkan berkaitan sikap Timbalan Speaker, Nga Kor Ming ketika Menteri Kewangan Lim Guan Eng membuat penggulungan perbahasan Titah Di-Raja. Kor Ming langsung tidak memberi laluan kepada Ahli Parlimen pembangkang untuk mencelah ketika Guan Eng berucap malah menyarankan kepada Ahli Parlimen keluar dewan sekiranya tidak mahu mendengar penjelasan yang diberikan […]

» Read more

Annuar Musa Pengarah Operasi PRK DUN Rantau, Tuduhan Keluarga Tok Mat Bolot Jawatan Satu Fitnah

RANTAU, 26 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata pelbagai fitnah mula dilontarkan oleh pihak tertentu terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan pelbagai tohmahan. Menurut beliau fitnah tersebut yang boleh dilihat menerusi media sosial kononnya pelbagai jawatan untuk PRK berkenaan dibolot oleh keluarga Timbalan […]

» Read more

Statut Rome – Menteri Dibidas Beri Jawapan Putar-belit

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican membidas jawapan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkaitan penerangan yang diberi dalam isu Statut Rome. Jelas beliau, jawapan yang diberi menggambarkan seolah-olah keputusan kerajaan menandatangani perjanjian Statut Rome sememangnya tidak mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong. “Sebab itu semua sedia maklum dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh menteri, […]

» Read more
1 2,510 2,511 2,512 2,513 2,514 2,780