BERSIH, SPR Akui PH Banyak Lakukan Kesalahan Pilihan Raya… ‘Rule of Law’ Di’capati’kan


KUALA LUMPUR, 27 Mac – Telus, Bersih, Adil dan mengikut ‘Rule of Law’ yang pernah Pakatan Harapan (PH) janjikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kini menjadi bukti janji manifesto mereka telah di’capati’kan, bidas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam hantaran di Facebooknya, Najib berkata BERSIH dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebulat suara menyatakan PH melakukan banyak kesalahan di dalam kempen-kempen pilihan raya kecil (PRK).

“Kedua-dua SPR dan BERSIH telah sebulat suara bahawa PH melakukan banyak kesalahan.

“Tetapi sehingga kini, tidak ada sebarang tindakan undang-undang telah diambil terhadap PH untuk PRK (Dewan Undangan Negeri) Semenyih.

“Begitu juga untuk PRK (Parlimen) Cameron Highlands,” kata Najib.

Najib turut memetik kenyataan-kenyataan daripada kedua-dua pihak tersebut.

“Selepas PRK Semenyih bulan lepas, pihak BERSIH dan pihak SPR pernah mengeluarkan kenyataan.

“Menurut Pengerusi BERSIH, Thomas Fann, kesalahan paling tinggi dilakukan oleh Pakatan Harapan; “Kami kecewa, di sebalik usaha memberi kesedaran tentang kesalahan pilihan raya yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan kumpulan seperti BERSIH, parti-parti politik terus melanggar undang-undang.

“Adakah kerana mereka rasa jika mereka langgar undang-undang sekalipun, tiada tindakan akan dikenakan kepada mereka?”, kata Thomas yang dipetik Najib dengan melampirkan pautan berita tersebut, https://www.malaysiakini.com/news/467100 yang bertajuk ‘Harapan biggest culprit in Semenyih polls offences – Bersih’.

Begitu juga tegas Najib lagi, Pengerusi SPR Azhar Harun turut mengesahkan bahawa PH melakukan lebih banyak kesalahan PRK Semenyih berbanding Barisan Nasional, di pautan https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/139598, yang bertajuk ‘Pakatan lebih banyak buat kesalahan pilihan raya, kata SPR’. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.