Adakah Kes Muhammad Adib Akan Berakhir Dengan Keadilan?

KANGAR 29 Mei – Arahan agar peguam Syazlin Mansor menarik diri pada saat akhir inkues kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim menimbulkan persoalan sama ada kes itu bakal berakhir dengan memberi keadilan kepada anggota bomba tersebut atau sebaliknya. Ramai yang kesal dengan arahan tersebut kerana semua sedia maklum sebelum ini bahawa peguam berkenaan begitu tegas dalam mencari keadilan untuk Muhammad Adib. […]

» Read more

Negara Kehilangan Tokoh, Sifu Pengkaji Sejarah Yang Disegani

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Pemergian Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim, tokoh sejarawan negara, adalah satu kehilangan besar kepada negara, khususnya bidang sejarah Malaysia dan Melayu moden. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata mendiang Prof Tan Sri Khoo bukan sahaja menjadi sifu kepada pengkaji sejarah negara, tetapi juga guru kepada ramai pemimpin negara, […]

» Read more

Pemuda UMNO Kecam Pemimpin PH, Tak Peka Sensitiviti Umat Islam

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah mengecam tindakan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam dengan mengadakan Majlis Iftar Muhibbah di Gurdwara Sahib, Johor Bahru, Johor. Hairi menjelaskan, sepatutnya Akmal Nasrullah boleh menjemput masyarakat berbilang kaum dan agama untuk iftar bersama, namun mengajak umat […]

» Read more

Inkues Adib: Percaya Ada ‘Tangan Ghaib’ Cuba Selamatkan Pihak Tertentu – Noh

TANJONG KARANG 27 Mei – Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar percaya, arahan agar peguam Syazlin Mansor menarik diri pada saat akhir inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim ada kaitan dengan usaha ‘tangan ghaib’ menyelamatkan pihak tertentu. Beliau yang kecewa dengan senario itu berkata, perkembangan tersebut juga memperlihatkan ada pihak-pihak tertentu baik di […]

» Read more

Peguam Negara Perlu Jelas Isu Kelewahan

KUALA LUMPUR 28 Mei – Peguam Negara perlu menjelaskan secara terperinci berkenaan penarikan diri peguam, Syazlin Mansor yang disifatkan kehadirannya dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim sebagai kelewahan. Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang musykil dengan alasan tersebut mempersoalkan mengapa tindakan sedemikian diambil selepas 36 hari prosiding berlangsung. Dakwanya, daripada catatan prosiding […]

» Read more

Inkues Adib: Penarikan Syazlin, Siapa Beri Arahan?

KUALA LUMPUR 28 Mei – Gerakan Pembela Ummah (Ummah) mendesak agar surat yang mengarahkan peguam Syazlin Mansor untuk menarik diri daripada prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim didedahkan kepada umum. Pengerusi Ummah, Aminuddin Yahya berkata, ini kerana rakyat berhak mengetahui siapa yang memberikan arahan tersebut termasuk sebab penarikan itu dilakukan. “Kenapa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida […]

» Read more

Ibadat Zakat Bukan Bahan Lakonan, Zahid Bidas ADUN Pulau Tikus

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertikai tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Chris Lee Chun Kit yang mencampuri urusan pengagihan zakat kepada rakyat di kawasan tersebut. Merujuk kepada laman Facebook ADUN Dap itu, Ahmad Zahid juga melihat perlakuan tersebut seolah-olah lakonan semata-mata. “Bila orang bukan Islam yang mengurus atau yang mengagih… lakonan […]

» Read more

Tokoh Sejarawan Khoo Kay Kim Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Tokoh akademik dan sejarawan negara, Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim meninggal dunia kira-kira pukul pukul 10.45 pagi, Selasa. Beliau yang berusia 82 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), menurut posting di Facebook bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Profesor Datuk Dr Awang Sariyan. “Negara kehilangan tokoh sejarah yang tiada tolok […]

» Read more

Pengukuhan kerjasama UMNO- Pas gerunkan PH

KUANTAN 28 Mei – Pengukuhan kerjasama antara UMNO dan Pas yang merupakan dua parti Melayu terbesar di negara ini menimbulkan kegerunan kepada lawan politik mereka. Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Mohd. Shahar Abdullah berkata, hal demikian kerana orang Melayu merupakan populasi terbesar di negara ini. “Apabila kedua-dua parti terbesar masyarakat Melayu ini mengukuhkan persefahaman dan kerjasama, ia bakal membentuk satu ikatan […]

» Read more

Inkues Kematian Adib – Adakah Semua Sudah Dirancang?

Dari awal saya tidak berminat mengikuti dengan teliti inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim. Saya telah tahu apa keputusannya. Sesiapa yang kenal perangai sebenar Peguam Negara ini di belakang tabir sudah boleh menjangkakan hala tuju inkues ini. Saya percaya ramai ahli politik dalam kerajaan hari ini mahu inkues mendapati Adib bukan mati disebabkan oleh pukulan perusuh kuil. Ini kerana sebahagian […]

» Read more
1 2,463 2,464 2,465 2,466 2,467 2,784