Negara Kehilangan Tokoh, Sifu Pengkaji Sejarah Yang Disegani

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Pemergian Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Khoo Kay Kim, tokoh sejarawan negara, adalah satu kehilangan besar kepada negara, khususnya bidang sejarah Malaysia dan Melayu moden.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata mendiang Prof Tan Sri Khoo bukan sahaja menjadi sifu kepada pengkaji sejarah negara, tetapi juga guru kepada ramai pemimpin negara, sama ada dalam kerajaan mahupun pembangkang.

Menurut beliau mendiang sangat diingati sebagai seorang yang konsisten kepada pendirian bahawa orang Melayu adalah penduduk asal negara ini dan beliau sentiasa menekankan fakta ini dalam puluhan forum, seminar dan konvensyen,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya lagi beliau malahan pernah menegur beberapa pihak tertentu yang cuba mempertikaikan fakta berkenaan.

“Selain itu buku teks dan pengkajian mendiang menjadi rujukan kepada ribuan pelajar di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara serta pusat pengajian.

“Berita kematian mendiang Prof Tan Sri Khoo, 82 tahun, dilahirkan di Kampar, Perak, merupakan suatu kehilangan bagi seluruh dunia sejarah Melayu dan Malaysia. Kita rasa sedih, dan ingin merakamkan salam takziah kepada Puan Sri Rathi Khoo, balu mendiang, dan seluruh ahli keluarga,” ujarnya.-MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.