Persidangan Dewan Rakyat Hari Ini Ditangguh 1 Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Persidangan hari pertama Dewan Rakyat hari ini hanya berlangsung separuh hari apabila ditangguh pada 1 tengah hari sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan gelombang ketiga COVID-19 di negara ini. Usul penangguhan itu dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan menurut Peraturan Mesyuarat 12(1) selepas sesi soal jawab dan disokong oleh Menteri […]

» Read more

Cadangan Keluarkan Akaun 1 KWSP Disokong, Belanjawan 2021 Untuk Kebajikan Rakyat – Hairi

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Cadangan supaya pencarum dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 1 KWSP mereka secara ‘one off’ sehingga RM10,000 adalah cukup baik untuk dilaksanakan kerana rata-rata rakyat begitu terkesan dan terhimpit ekoran penularan COVID-19 di negara ini, tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah. Hakikatnya, jelas beliau, rakyat atau pencarum bukan hendak mengeluarkan keseluruhan […]

» Read more

Mana Kejujuran Politik? Dr Puad

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Ramai yang bertanya kenapa UMNO mengadakan Mesyuarat MKT dua kali dalam masa seminggu. Ia berkaitan “Kejujuran Politik”. Bila tiada kejujuran, maka mesyuarat segera wajar dibuat demi mengelak syak wasangka, sabotaj dan politiking. Sebab itu apabila YDP Agung menasihatkan semua pihak hentikan politiking. Tuanku tahu nasihat darurat berkaitan dengan kejujuran politik bukan isu COVID-19 semata mata. […]

» Read more

Lanjutan Moratorium Antara Cadangan Kepada Tengku Zafrul –Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Pelbagai cadangan termasuklah beberapa perkara utama dikemukakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada perjumpaan bersama Menteri Kewangan, Datuk Tengku Zafrul Tengku Aziz menjelang pembentangan belanjawan 2021. Merungkai pertemuan berkenaan, Asyraf seterusnya berkata Menteri Kewangan dilihat positif dan seterusnya turut memberi jaminan untuk meneliti perkara yang dibangkitkan. “Pada hari ini kita mengadakan perbincangan […]

» Read more

Tindakan UMANY Tidak Gambarkan Imej Gerakan Mahasiswa- Izzat Hakim

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Pengerusi Kelab Mahasiswa UMNO (UMNOSiswa) Universiti Kebangsaan Malaysia, Muhammad Izzat Hakim Mohd Noh berkata, sebagai sebuah gerakan mahasiswa di kampus, University of Malaya Association of New Youth (UMANY) tidak sepatutnya bertindak biadap terhadap institusi Raja serta tidak menunjukkan imej sebagai sebuah gerakan mahasiswa. Katanya, pekara yang dilakukan oleh UMANY ini jelas bertentangan dengan prinsip Rukun […]

» Read more

Teruskan Semula Projek Pan Borneo Di Sabah – Bung

KOTA KINABALU, 31 Okt – Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Kerja Raya (KKR) diharap dapat mengembalikan semula projek Pan Borneo kepada kerajaan Sabah menerusi pembentangan Belanjawan 2021 yang akan diadakan pada 6 November nanti. Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, keutamaan beliau ketika ini selain memerangi pandemik koronavirus (COVID-19), pembangunan infrastruktur juga akan diketengahkan menerusi harapannya dalam […]

» Read more

Golongan Muda Khususnya Wanita Muda Harus Diberikan Penekanan Dalam Bajet 2021

KUALA LANGAT, 31 Okt – Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kuala Langat mencadangkan agar Bajet 2021 yang akan dibentangkan tidak lama lagi memberi penekanan kepada golongan belia dan khususnya wanita muda. Justeru ketuanya, Asuma Mohamed Sali menyenaraikan beberapa saranan yang boleh diambil kira dalam merangka Bajet 2021. “Selaku suara anak muda, saya amat berharap agar kepentingan anak muda turut mendapat perhatian […]

» Read more

Benarkan Pencarum Keluarkan Caruman Antara Cadangan Ahmad Maslan Menjelang Pembentangan Bajet 2021

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan melontarkan beberapa cadangan menjelang pembentangan Bajet 2021 minggu depan. Menerusi catatannya di Facebook beliau antara lain mengharapkan agar kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan banyak pihak agar pencarum dapat membuat pengeluaran daripada akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Katanya, pengeluaran daripada akaun satu antara lingkungan RM5,000 hingga RM10,000 sekurang-kurangnya […]

» Read more

Lima Perkara Utama Jadi Harapan Rakyat Untuk Bajet 2021 – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Bajet 2021 dijadual akan dibentang di Parlimen pada 6 Nov ini. Sehubungan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengemukakan lima perkara utama untuk dimasukkan dalam Bajet 2021 tersebut. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, daripada dapatan maklum balas yang Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia perolehi melalui pungutan pandangan di media sosial, berikut lima perkara utama yang […]

» Read more
1 177 178 179 180 181 246