Bila Pula Saya Main Golf Di Desaru? – Adham

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Dalam kemelut penularan Covid-19 semakin menular, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba dikatakan seronok bermain golf di Johor semalam. Ia dikatakan disebarkan dalam media sosial apabila seorang pengguna Twitter, @adammukhrizmy memaparkan kain pemidang yang menunjukkan program di Lotus Desaru Beach Resort dan ciapan itu tular. Dakwaan itu dinafikan Adham dan menganggap penularan itu sebagai fitnah […]

» Read more

Tidak Ada Keperluan Untuk PKP – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 3 Okt – Tidak ada keperluan untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata meskipun angka positif COVID-19 dilihat besar, namun kebanyakan kes itu melibatkan tahanan penjara di Kedah dan Sabah, yang terasing daripada komuniti. “PKP ke hari ini? Tidak… kita tidak akan mengisytiharkan PKP […]

» Read more

SOP Di Masjid Dan Surau Akan Diperkemaskan – Dr Zulkifli

KUALA KUBU BHARU, 3 Okt – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) di masjid dan surau akan diperkemaskan susulan peningkatan kes positif COVID-19 di negara ini. Berkongsi mengenai perkembangan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan COVID-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi […]

» Read more

98 Ditahan Ingkar PKPP Dengan Aktiviti Kelab Malam Kekal Kesalahan Tertinggi

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Masih ramai yang terus ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) apabila seramai 98 individu ditahan semalam dengan 34 daripada mereka kerana aktiviti di dalam pub dan kelab malam. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesalahan lain termasuk penjarakan fizikal sebanyak 24 kes, tidak memakai pelitup muka (22), gagal melunaskan caj kuarantin […]

» Read more

PKPDB Dilaksanakan Di Lahad Datu, Tawau, Kunak Dan Semporna Mulai Tengah Malam Ini

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Empat daerah di Sabah iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini (29 Sept) sehingga 12 Okt depan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPDB yang melibatkan 962,661 penduduk itu dilaksanakan bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 […]

» Read more

GRS Namakan Hajiji Sebagai Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU, 28 Sept – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara menamakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang baharu. Hajiji yang juga Ahli Dewan undangan negeri (ADUN) Sulaman mengesahkan perkara itu dan beliau akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Negeri pada 10.30 pagi esok. “Saya ingin memaklumkan kami GRS, terdiri daripada PN […]

» Read more

Apa Saja Komentar… Fakta Jelas Warisan Plus Kalah, Tiada Majoriti – Shahril

KOTA KINABALU, 27 Sept – Rakyat telah memilih. Demikian tegas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berhubung keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, malam tadi. Katanya, apa sahaja komentar yang sedang berlangsung iaitu siapa menang, siapa jadi Ketua Menteri, yang jelas dan yang semua boleh setuju sebagai fakta adalah, Warisan Plus kalah dan tiada majoriti. Keputusan PRN Sabah menyaksikan Warisan Plus […]

» Read more

Tanda Pagar #PRNSabah Warnai Hari Pengundian PRN Sabah

KOTA KINABALU, 26 Sept – Platform media sosial digunakan pengundi untuk berkongsi perjalanan proses pengundian bagi merakam peristiwa bersejarah memilih pentadbiran kerajaan negeri yang baharu dalam suasana pandemik COVID-19. Tanda pagar (Eng: hashtag) #PRNSabah #SabahMemilih #SabahBangkit digunakan pengundi khasnya golongan muda dengan memuat naik gambar di akaun Twitter, Facebook dan Instagram, mulai dari sesi mengimbas kod aplikasi MySejahtera sewaktu tiba […]

» Read more

PRN Sabah: Proses Pengundian Berjalan Lancar

KOTA KINABALU, 26 Sept – Proses pengundian berjalan lancar dengan menyaksikan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi setiap pengundi termasuk memeriksa suhu badan, penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka. SPR dan Kementerian Kesihatan sememangnya memandang serius cabaran pandemik COVID-19 semasa proses pengundian pada pilihan raya negeri hari ini. Malah, seorang pengundi yang mempunyai suhu […]

» Read more

Janganlah Hipokrit! Rakan Sekutu Warisan Dari Semenanjung Juga… – Yakub

SEPANGGAR, 24 Sept – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Senator Datuk Yakub Khan melihat lontaran demi lontaran oleh pihak Warisan yang masih lagi memainkan soal parti Malaya seumpama surat khabar lama dalam usaha menutup kegagalan demi kegagalan mereka yang hari ini menjadi tontonan rakyat. Sambil menyifatkannya sebagai hipokrit, jika mereka masih memainkan soal tersebut bagaimana pula dengan kehadiran pimpinan […]

» Read more
1 179 180 181 182 183 245