Bantuan Kewangan Tambahan, Pulihkan Ekonomi Dengan Haja Tuju Yang Jelas Dan Dinamik – Mohamad

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berharap kerajaan akan mempertimbangkan bantuan kewangan tambahan kepada golongan B40 dan M40 yang semakin terbeban, terutamanya di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, pakej rangsangan ekonomi negara sebelum ini terbukti berjaya meringankan beban rakyat dan […]

» Read more

Mohd Zaidi Angkat Sumpah ADUN Slim

IPOH, 27 Okt – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim Mohd Zaidi Aziz mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Kedua Tahun Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini. Mohd Zaidi, 43, yang merupakan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua DUN […]

» Read more

PKPB Di Selangor, KL Dan Putrajaya Dilanjutkan Dua Minggu Sehingga 9 Nov

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijadual tamat esok, dilanjutkan selama 14 hari lagi sehingga 9 Nov ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini, selepas meneliti perkembangan semasa penularan COVID-19 di Lembah Klang. […]

» Read more

Tiada Keperluan Isytihar Darurat – Agong

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamuddin memaklumkan Al-Sultan Abdullah bertitah perkara itu diputuskan setelah memperhalusi permohonan yang dipersembahkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu selain melihat […]

» Read more

Agong Adakan Rundingan Dengan Raja-raja Melayu Dalam Masa Terdekat

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dalam masa terdekat bagi membincangkan cadangan-cadangan yang dikemukakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Al-Sultan Abdullah amat memahami keperluan kalangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak COVID-19. […]

» Read more

Sokong Gencatan Politik… Tolak Kerjasama Anwar-Dap Jatuhkan Kerajaan, Fokus Bantu Rakyat

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang bermesyuarat secara atas talian pada malam tadi telah memutuskan beberapa ketetapan yang antaranya menyokong gencatan politik. Berikut ialah keputusan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia: 1. Menyokong gencatan politik (political ceasefire) sebagaimana yang disarankan Presiden UMNO, […]

» Read more

Gencatan Politik Usaha Drastik Pemulihan Negara, Fokus Untuk Rakyat – Tengku Haphiz

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu menyambut baik hasrat parti bagi mengenakan gencatan politik dan memberi fokus kepada usaha perihal kepentingan rakyat. Ketuanya, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggambarkan parti terus konsisten membela rakyat. Menurut beliau walaupun […]

» Read more

PKPB Di Kampung Padang Che Mas, Baling Berkuat Kuasa 18 Hingga 31 Okt

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Kampung Padang Che Mas di Baling, Kedah berkuat kuasa dari 18 hingga 31 Okt ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata keputusan itu dibuat pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini, selepas mendengar cadangan daripada MKN negeri Kedah mengenai […]

» Read more

PKPB Di Labuan Berkuat Kuasa 17 Hingga 30 Okt – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa 17 hingga 30 Okt ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurutnya, keputusan itu dicapai pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan […]

» Read more

PKPB Di Selangor, KL, Putrajaya Dilaksana 14-27 Okt

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa 12.01 tengah malam 14 Okt hingga 27 Okt ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurutnya, keputusan itu dicapai pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari […]

» Read more
1 178 179 180 181 182 246