Lima Perkara Utama Jadi Harapan Rakyat Untuk Bajet 2021 – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Bajet 2021 dijadual akan dibentang di Parlimen pada 6 Nov ini.

Sehubungan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengemukakan lima perkara utama untuk dimasukkan dalam Bajet 2021 tersebut.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, daripada dapatan maklum balas yang Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia perolehi melalui pungutan pandangan di media sosial, berikut lima perkara utama yang majoriti rakyat dan anak muda tuntut dimasukkan dalam Bajet 2021:

1. Lanjutan tempoh moratorium secara pukal untuk sekurang-kurangnya 3-6 bulan lagi.
2. Kebenaran pengeluaran Akaun 1 KWSP sekurang-kurangnya RM5,000

3. Bantuan Khas Sara Hidup untuk mereka yang dibuang kerja atau hilang punca pendapatan akibat Covid-19.

4. Bantuan Khas untuk belia yang menganggur.

5. Bayaran khas bulanan kepada barisan hadapan (frontliners) sehingga berakhirnya pandemik Covid-19 atau berjaya dikekang di peringkat minimum. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.