Penggunaan Ungkapan ‘Kerajaan Pintu Belakang’ Hasutan Timbulkan Kebencian – Ahmad Said

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berpandangan mereka yang menggunakan ungkapan ‘kerajaan pintu belakang’ adalah satu istilah yang bertentangan dengan Perlembagaan. Malah menurut beliau mereka yang mencanangkan ungkapan sedemikian merupakan satu hasutan untuk menimbulkan kebencian terhadap kerajaan semasa yang telah dibentuk secara sah mengikut Perlembagaan. “Terdapat pihak-pihak yang kecewa dengan kejatuhan Pakatan […]

» Read more

Pengalaman Luas Jadi Bekal Annuar Musa Sebagai Menteri Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Berbekalkan pengalaman luas dalam dunia politik dan hampir sepuluh tahun pernah berkhidmat dalam pentadbiran Kabinet kerajaan pusat, Tan Sri Annuar Musa bukan nama asing di tanah air. Hampir tiga dekad dalam dunia politik, Annuar Musa juga pernah memegang dua jawatan menteri iaitu di Kementerian Belia dan Sukan pada 1990-1993 dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (1993-1999). […]

» Read more

Orang Bukan Melayu Jangan Terpedaya, Golongan Cauvinis Aktif Tiup Sentimen Perkauman – Exco Pemuda

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Shahrul Nasrun Kamaruddin berharap orang bukan Melayu tidak mudah terpedaya dengan dakyah jahat berbentuk perkauman dari pihak cauvinis yang tidak senang apabila Perikatan Nasional (PN) dibentuk. Shahrul memberi jaminan golongan bukan Melayu dan bukan Islam tidak akan tersisih di bawah kerajaan PN kerana ‘Melayu Memimpin Perpaduan’. “Laman-laman portal pro […]

» Read more

Pemimpin Utama Kerajaan Negeri Sambut Baik Pelantikan Muhyiddin PM Kelapan

KUALA LUMPUR, 29 Feb – Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan memperlihatkan kesepakatan baharu politik tanah air sekali gus menamatkan kemelut politik negara yang melanda sejak tujuh hari lepas, menurut kalangan pemimpin utama negeri. Mereka menyambut baik keputusan pelantikan itu yang diumumkan hari ini setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Antara […]

» Read more

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja Dijangka Esok

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Majlis Raja-Raja dijangka mengadakan satu mesyuarat khas di Istana Negara esok. Menurut sumber, raja-raja Melayu dijangka menghadiri mesyuarat khas berkenaan, antaranya Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah. Turut dipercayai akan berangkat menghadiri mesyuarat […]

» Read more

Tiada Pelaburan Yang PH Bawa… Hanya Tambahan Hutang Bon Samurai

KUALA LUMPUR, 17 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, sejak Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara, tiada pelaburan yang boleh dibanggakan dibawa pulang ke dalam negara, yang ada hanyalah tambahan hutang termasuklah Bon Samurai. Jelas beliau, ini jauh berbeza dengan pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu kerana setiap kali pemimpin BN ke luar negara, pasti ada […]

» Read more

Kenyataan Guan Eng Dangkal Berbaur Rasis: Pecat Atau Letak Jawatan Segera

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenyataan Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng yang cuba merosakkan minda rakyat Malaysia berkaitan kerjasama UMNO-PAS adalah sesuatu yang dangkal dan tidak sepatutnya berlaku. Jelas beliau, Guan Eng tidak sepatutnya menakutkan rakyat berkaitan Pakatan Nasional kerana pakatan ini tidak pernah wujud dan yang wujud hanyalah Muafakat Nasional. […]

» Read more

Guan Eng Berpenyakit Islamophobia, Melayuphobia… Jangan Langkau Kesabaran Melayu/Islam – Reezal

KEPALA BATAS, 11 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican tegas memberi peringatan buat Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng agar pelihara lidah sebelum menyemarakkan kemarahan rakyat. Gesa Reezal, Guan Eng perlu tarik balik segala kenyataan biadap lagi dungu sebelum ia mendatangkan kemarahan luar biasa rakyat kerana dalam berpolitik ada batasnya dan Menteri […]

» Read more

Parah Sungguh Imaginasi Guan Eng! Jangan Apikan Politik Perkauman Dan Kebencian – Pemuda MIC

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Pemuda MIC Kebangsaan menggesa Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng berhenti dari terus meresahkan rakyat dengan propaganda politiknya. Bidas Ketuanya Thinalan T Rajagopalu, apa yang jelas kerajaan Pakatan Harapan (PH) semakin hari makin goyah dengan pelbagai krisis dan skandal serta hala tuju negara juga tidak stabil dengan kepincangan pentadbiran mereka. “Demi menyelamatkan posisi dan kuasa, […]

» Read more

Nga Kor Ming, Dap Pamirkan Sikap Rasis Dan Cauvinis… Tidak Layak Jadi Timbalan Speaker

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Kenyataan Nga Kor Ming, Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat, dalam akhbar Oriental Daily bahawa negara akan ditimpa malapetaka jika diperintah oleh PAS dan UMNO adalah kenyataan berbentuk hasutan. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kenyataan berkenaan bertujuan menimbulkan kebencian sesama rakyat Malaysia dan temuramah yang disiarkan dalam akhbar berkenaan pada 29 Januari […]

» Read more
1 134 135 136 137 138 149