Orang Bukan Melayu Jangan Terpedaya, Golongan Cauvinis Aktif Tiup Sentimen Perkauman – Exco Pemuda

KUALA LUMPUR, 4 Mac – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Shahrul Nasrun Kamaruddin berharap orang bukan Melayu tidak mudah terpedaya dengan dakyah jahat berbentuk perkauman dari pihak cauvinis yang tidak senang apabila Perikatan Nasional (PN) dibentuk.

Shahrul memberi jaminan golongan bukan Melayu dan bukan Islam tidak akan tersisih di bawah kerajaan PN kerana ‘Melayu Memimpin Perpaduan’.

“Laman-laman portal pro Dap mula meniupkan sentimen perkauman bagi menakutkan kaum bukan Melayu Islam di Malaysia.

“Laman The Malaysia Insight menyiarkan artikel kononnya suara golongan bukan Muslim tidak akan dipedulikan di bawah kerajaan PN.

“Penulis mendakwa isu kebajikan bukan Melayu tidak akan dipedulikan apabila golongan Melayu Islam memimpin kerajaan,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Malah ujarnya, penulis turut menggambarkan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Tindakan penulis adalah satu usaha bagi memburukkan PN.

“Di Kelantan, lebih 25 tahun diperintah PAS dan golongan yang beragama Buddha hanyalah 5 peratus.

“Namun, di Kelantan terdapat tiga Watt Buddha di mana ‘Buddha Baring’ antara yang terbesar di Asia Tenggara,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.