Perkuatkan UMNO, Untung Nasib Rakyat Hanya Terbela Apabila Parti Kuat – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 2 Jan – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyeru anggota parti untuk perkuatkan UMNO kerana untung nasib rakyat akan terbela apabila parti kuat. Katanya, ahli-ahli UMNO perlu utamakan perjuangan dan bukan perjuangan diri yang didahulukan. “Kepercayaan harus berjalan dua hala. Keyakinan dalam perjuangan adalah faktor kekuatan. Tidak ada jalan singkat dalam perjuangan, semuanya melalui liku-liku […]

» Read more

Perwakilan UMNO Diingatkan Tidak Abai SOP Perangi COVID-19, Kita Jaga Kita – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 1 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sekali lagi mengingatkan para perwakilan UMNO yang melaksanakan mesyuarat Bahagian untuk tidak mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19. Katanya, anggota parti perlu pastikan semua mesyuarat perwakilan akan ikut SOP yang ditetapkan. “Kita tidak mahu ada berlaku ‘kluster UMNO’ wujud di mana jua. Mestilah dielakkan dan sentiasalah berwaspada. […]

» Read more

Walau Bersidang Di Luar Kelaziman, Fokus UMNO Ke Arah Keputusan Terbaik – Shahril

KUALA ALUMPUR, 31 Dis – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, walaupun mesyuarat UMNO Bahagian kali ini dilaksana di luar daripada kelaziman lantaran penularan wabak pandemik COVID-19, namun semangat anggota parti tetap sama. Katanya, walaupun persidangan dilaksana dengan kuorum atau kehadiran yang kecil dari segi hakiki dan fizikalnya atau selebihnya secara maya atau online, tetapi semangat yang di bawa ke […]

» Read more

Tahun Baharu 2021, Aspirasi UMNO Tekadkan ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’

UMNO membuka tirai tahun 2021 dengan mengadakan mesyuarat peringkat Bahagian secara serentak yang melibatkan 121 bahagian di seluruh negara termasuklah Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri. Sesungguhnya, persidangan yang berlangsung pada tahun baru ini menjadi aspirasi kepada anggota parti yang bukan sekadar untuk memenuhi tanggungjawab pelaksanaan mesyuarat agung mengikut perlembagaan UMNO atau untuk menepati kehendak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tetapi […]

» Read more

Pemimpin & Ahli UMNO Mesti Bermuhasabah, Bekerja Keras Pastikan UMNO Sentiasa Relevan

KOTA KINABALU, 31 Dis – Pemimpin dan ahli parti UMNO diingatkan agar sentiasa bermuhasabah diri dalam melaksanakan tugas serta amanah demi memperkasakan kekuatan UMNK agar terus relevan seiring dengan tuntutan zaman Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sejauh mana pun kehebatan dan pencapaian parti, ketika melalui proses pemulihanya kini, ahli-ahli UMNO perlu berpijak di bumi nyata di […]

» Read more

Persidangan UMNO Pada Tahun Baru 2021, Tingkatkan Keazaman Teruskan Perjuangan Parti – Ku Nan

PUTRAJAYA, 31 Dis – Bersempena keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang memutuskan bahawa Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri dijadual dilaksanakan pada 1 hingga 3 Jan, Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menzahirkan ucapan kepada anggota parti. Katanya yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, pelaksanaan persidangan yang dibuat sempena tahun baru perlu diangkat sebagai iltizam […]

» Read more

Mesyuarat Perwakilan UMNO Dihadiri Satu Perempat Daripada Yang Berhak Hadir – SUA UMNO

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Kehadiran bagi Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri di seluruh negara yang dijadualkan bermula dari 1 hingga 3 Jan ini adalah secukup korum, iaitu minimum satu perempat daripada jumlah wakil yang berhak hadir. Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata perhimpunan ramai yang dibimbangi meningkatkan risiko penularan COVID-19 cuba dielak, namun […]

» Read more

Mesyuarat Perwakilan: Selamat Bersidang, Semoga Berjalan Lancar… UMNO Jurucakap Bangsa

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Akibat daripada penularan pandemik COVID-19, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri bagi tahun ini telah ditangguhkan ke tarikh 1 hingga 3 Jan tahun hadapan. Begitu juga dengan Perhimpunan Agung UMNO yang akan diadakan pada 31 Jan manakala Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sehari sebelumnya, 30 Dis. Mengambil kesempatan menjelangnya tahun baharu […]

» Read more

Mesyuarat Perwakilan UMNO Wadah Perjuangan Perkasakan Muafakat Politik – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Seperti kelaziman setiap tahun, Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh 191 buah bahagian di seluruh negara. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata ia adalah wadah untuk semua pendukung parti menyuarakan isi hati, aduan, cadangan, teguran dan sebagainya sama ada terhadap parti atau isu-isu […]

» Read more

Kerjasama Dengan PN: Mesyuarat UMNO Bahagian Ambil Kira Pandangan Akar Umbi – Saarani

IPOH, 28 Dis – UMNO akan mengambil kira pendapat dan pandangan pimpinan di peringkat akar umbi, mengenai kerjasama antara parti itu dengan Perikatan Nasional (PN) pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian empat peringkat, yang bermula Jumaat ini. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad berkata, kesemua pendapat dan pandangan itu akan diteliti secara terperinci oleh Majlis Tertinggi UMNO, yang dijadual […]

» Read more
1 125 126 127 128 129 319