Pemimpin & Ahli UMNO Mesti Bermuhasabah, Bekerja Keras Pastikan UMNO Sentiasa Relevan

KOTA KINABALU, 31 Dis – Pemimpin dan ahli parti UMNO diingatkan agar sentiasa bermuhasabah diri dalam melaksanakan tugas serta amanah demi memperkasakan kekuatan UMNK agar terus relevan seiring dengan tuntutan zaman

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sejauh mana pun kehebatan dan pencapaian parti, ketika melalui proses pemulihanya kini, ahli-ahli UMNO perlu berpijak di bumi nyata di mana pemimpin dan ahli tidak harus meletakkan titik noktah terhadap perjuangan untuk terus berkerja keras memerkukuhkan institusi parti.

“ Landskap politik negara telah berubah sama sekali di mana ahli parti tidak seharusnya terlalu nostalgik dengan kejayaan masa lampau tanpa mencipta kejayaan kejayaan baru “ katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusannya sempana dengan persidangan bahagian-bahagian UMNO Pergerakan Wanita ,Pemuda dan Puteri UMNK  di seluruh bahagian di negeri ini yang bermula dari 1 Januari sehingga 3 Januari 2021 ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO  berkata sejarah kejayaan  UMNO Sabah yang memenangi 14 kerusi  dari 31 kerusi yang ditandingi  semasa Pilihanraya Negeri (PRN) baru-baru ini ,  bukanlah satu jaminan bagi parti tersebut untuk terus berkuasa memandangkan rakyat kini menjadi pemerhati bijak akan kedudukan parti pada masa kini dan akan datang

“Kejayaan kita dalam PRN baru baru ini merupakan satu kejayaan yang amat bermakna sehingga dapat membentuk  kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kejayaan ini merupakan satu kejayaan manis bagi Barisan Nasional/UMNO Sabah ketika parti berhadapan dengan persepsi UMNO Sabah telah mati, namun kejayaan ini merupakan satu langkah permulaan yang terbaik  kepada parti dan ahli UMNI di Sabah sehingga ada kerusi-kerusi baharu yang ditandingi oleh UMNO kita turut mencapai kemenangan” ujarnya.

Sehubungan dengan itu Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO agar tidak leka dengan kejayaan tersebut, ini kerana ada sebahagian kerusi yang ditandingi oleh BN/UMNO yang seharusnya boleh dimenangi turut terlepas ke tangan parti lawan.

” Kita harus kaji kekalahan tersebut, kita perlu terus berkerja  mendekati ahli dan rakyat di peringkat akar umbi kerana selepas ini kita akan berhadapan dengan Pilihanraya Umum (PRU).

“Kita perlu mulakan gerak langkah dari sekarang  untuk terus berkerja memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ahli dan rakyat” tambah Bung.

Sehubungan dengan itu katanya UMNO perlu berubah dan perlu berani membuat perubahan bukan sahaja di kalangan pemimpinnya malah semua ahli parti itu supaya melakukan perubahan

“Sebagai parti siasah yang ingin kekal relevan selari tuntutan zaman, UMNO tidak boleh hidup dengan hanya bertunjangkan jasa-jasa terdahulu dan kejayaan kecil ini ” tegasnya

Menurut  beliau  perubahan minda, nilai dan sikap pengundi sekarang lebih mementingkan nilai-nilai politik yang tulus iaitu integriti, jujur dan telus.

Katanya, pemimpin parti perlu sedar bahawa kekuatannya bermula dengan hubungan pemimpin akar umbi dengan rakyat.

Ini bermakna jelas beliau pemimpin peringkat cawangan dan bahagian UMNO mesti aktif mengadakan program aktiviti kemasyarakatan, bersama membasmi kemiskinan tegar, memperkasakan pendidikan, ekonomi dan membantu rakyat semasa berlaku bencana dan kesusahan.

“Perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-14  menuntut parti untuk melakukan transformasi dan pembaharuan dari segi pendekatan, nilai dan sikap demi memulihkan dan  memperkuhkan  kepercayaan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional “ katanya

Sehubungan dengan itu beliau mahu pemimpin dan ahli parti harus melihat kepentingan parti sebagai keutamaan di mana menurut beliau pemimpin tidak penting, yang penting ialah mengukuhkan institusi.

“Pemimpin boleh datang, pemimpin boleh pergi tetapi UMNO mesti tetap wujud, harus kuat dan kukuh. demi memastikan maruah bangsa terus terjamin”, ujarnya. –UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.