Pergerakan Pulang Pelajar Dari Semenanjung Ke Sarawak Bermula Hari Ini – Noraini

PUTRAJAYA, 1 Mei – Pergerakan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dari Semenanjung ke Sarawak dan dari Sarawak ke Semenanjung bermula hari ini melibatkan seramai 575 pelajar, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad. Bagi pergerakan pelajar Semenanjung ke Sarawak, seramai 287 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak dibawa dengan 16 bas ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur […]

» Read more

COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular Setakat 9 Pagi, 1 Mei – KKMM

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini. 1. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak menafikan dakwaan bahawa Hospital Umum Sarawak (HUS) ditutup susulan terdapat anggota kesihatan di hospital berkenaan positif COVID-19. Beliau menegaskan HUS beroperasi seperti […]

» Read more

Lebih 3,000 Pelajar IPT Dihantar Pulang Hari Ini – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 30 April – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menghantar pulang seramai 3,194 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) lagi melibatkan pergerakan intra-zon hari ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Menurut beliau, pergerakan itu melibatkan empat zon iaitu Zon Timur ke dalam Zon Timur (Pahang, Kelantan dan Terengganu), Zon Perak ke dalam Zon Perak, Zon Selatan […]

» Read more

COVID-19: Zon Merah Turun Kepada 12, Zon Hijau Meningkat Kepada 77 Daerah

KUALA LUMPUR, 28 April – Jumlah daerah Zon Merah COVID-19 terus menunjukkan perkembangan positif apabila berkurangan kepada 12 daerah yang mencatatkan kes aktif kurang 40 kes, setakat 12 tengah hari semalam. Berdasarkan infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan CPRC Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikongsi melalui media sosial rasmi KKM hari ini turut memaklumkan bahawa Zon Hijau meningkat kepada […]

» Read more

Ramadan Dalam Tempoh PKP Beri Ruang Lebih Masa Umat Islam Amal Ibadat Bersama Keluarga

KUALA LUMPUR, 23 April – Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata daripada satu sudut, menyambut Ramadan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebenarnya memberi peluang untuk masyarakat Islam meluangkan lebih masa untuk beribadat bersama ahli keluarga. Pada masa yang sama katanya dalam situasi itu juga, ianya akan memberi ebih banyak lagi masa untuk membaca al-Quran […]

» Read more

Zon Merah COVID-19: Rembau Lokasi Pertama Tiada Kes Aktif

KUALA LUMPUR, 21 April – Daerah Rembau di Negeri Sembilan, yang juga antara 30 Zon Merah COVID-19, menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila tiada kes aktif wabak itu direkodkan setakat tengah hari semalam. Menurut infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikongsi melalui media sosial rasmi KKM hari ini, jumlah keseluruhan Zon Merah COVID-19 di seluruh […]

» Read more

Armada Perlu Hormati Permuafakatan Parti Dalam Kerajaan

REMBAU, 20 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir membidas kenyataan Exco Armada Nasional, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir yang secara biadap mengeluarkan kenyataan seolah-olah mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai mencampuri urusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara berlebihan. Jelas beliau, tuduhan tersebut jelas menunjukkan bahawa beliau tidak menghormati […]

» Read more

Senarai Berita Palsu Tular Setakat 9 Pagi, 16 April – KKKM

KUALA LUMPUR, 16 April – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini. 1. Jabatan Kesihatan Negeri Negeri Sembilan (JKNNS) menafikan bahawa 8,000 penduduk dari lebih 20 taman perumahan di sekitar kawasan Sendayan diarah menjalani saringan COVID-19 dan menjelaskan hanya mereka yang […]

» Read more

Muar Kini Zon Merah, Jumlah Keseluruhan Zon Merah 27

KUALA LUMPUR, 15 April – Satu lagi daerah iaitu Muar di Johor dikategorikan sebagai zon merah COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan 27 kawasan setakat 12 tengah hari semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM). Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah Muar merekodkan 44 kes positif COVID-19. Sementara […]

» Read more

COVID-19: Tiada Tambahan Zon Merah, Kekal 26 Daerah

KUALA LUMPUR, 12 April – Zon merah COVID-19 kekal 26 daerah, setakat 12 tengah hari semalam, dengan Lembah Pantai masih merekodkan jumlah kes tertinggi positif COVID-19, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM). Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah berkenaan merekodkan 459 kes. Selain Lembah Pantai, daerah […]

» Read more
1 113 114 115 116 117 167