COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular Setakat 9 Pagi, 1 Mei – KKMM

KUALA LUMPUR, 1 Mei – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) pagi ini.

1. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak menafikan dakwaan bahawa Hospital Umum Sarawak (HUS) ditutup susulan terdapat anggota kesihatan di hospital berkenaan positif COVID-19. Beliau menegaskan HUS beroperasi seperti biasa dan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk mencegah jangkitan wabak COVID-19.

2. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Jempol, Negeri Sembilan Syahrul Nizam Saleh menafikan dakwaan 40 individu daripada Kluster Pasar Awam Bahau (PAB) yang diambil sampel pada 28 April 2020 lalu didapati positif COVID-19. Beliau menjelaskan hanya seorang peniaga sahaja yang didapati positif COVID-19 manakala 39 kontak rapat masih menunggu keputusan saringan dan akan dihantar ke Pusat Kuarantin di UiTM Rembau sebagai langkah kawalan dan pencegahan jangkitan. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.