Warga Asing Ditahan Semasa PKP Tiada Dokumen Perjalanan Sah – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 29 Mei – Semua warga asing yang ditahan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lepas tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata sekiranya warga asing masuk ke dalam negara secara sah mereka pasti mempunyai dokumen perjalanan diri atau i-kad sebagai pengenalan diri masing-masing. “Yang […]

» Read more

Umat Islam Seluruh Negara Rai Syawal Penuh Sederhana, Kebiasaan Baharu

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Umat Islam di seluruh negara menyambut ketibaan 1 Syawal hari ini dalam kebiasaan baharu ketika negara masih berperang dengan ancaman pandemik COVID-19 yang menyaksikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).  Aidilfitri yang kebiasaannya disambut meriah bagi meraikan kemenangan umat Islam berpuasa, kali ini diraikan penuh kesederhanaan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, […]

» Read more

17 Kes Positif COVID- 19 Hari Ini, Kedua Terendah Sejak PKP – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 16 Mei – Sebanyak 17 kes positif COVID-19 dicatat hari ini, yang merupakan angka kedua terendah sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, enam adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara manakala 11 merupakan penularan tempatan yang melibatkan lima warga asing. […]

» Read more

COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular Setakat 10 Pagi, 12 Mei – KKMM

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pagi ini. 1. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan sebuah kedai runcit milik warga asing di Hartamas beroperasi semula setelah dikenakan tindakan pada 8 Mei lalu seperti yang tular di […]

» Read more

PKPB: Tiga Premis Diarah Tutup

PUTRAJAYA, 9 Mei – Tiga premis telah diarah tutup sementara sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana ada dalam kalangan pekerja yang didapati positif COVID-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, premis yang diarah tutup adalah sebuah kilang ayam di Negeri Sembilan, sebuah pasar raya di Selangor dan sebuah tapak pembinaan di Jalan […]

» Read more

COVID-19: Jumlah Kumulatif Kes Pulih, Discaj Kini 74.8 Peratus – KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 9 Mei – Jumlah kumulatif kes COVID-19 yang telah pulih sepenuhnya dan telah didiscaj daripada wad kini mencapai 74.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya merekodkan 65 lagi kes pulih baharu hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes mereka yang telah pulih sebanyak 4,929. Dr Noor Hisham turut memaklumkan pertambahan 54 […]

» Read more

COVID-19: Jumlah Kes Aktif Di Rembau Naik Mendadak – KKM

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Jumlah kes aktif COVID-19 di Daerah Rembau, Negeri Sembilan meningkat secara mendadak semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Berdasarkan infografik CPRC yang dikongsi melalui media sosial rasmi KKM hari ini, jumlah kes aktif di daerah yang dikategorikan Zon Merah COVID-19 itu meningkat kepada 59 berbanding tujuh kes, […]

» Read more

Kepimpinan Syed Saddiq Tercalar, Negara Berdepan COVID-19 Tapi Masih Utamakan Agenda Politik Peribadi

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Pertikaian pemimpin Armada di beberapa buah negeri yang mempersoalkan keputusan mesyuarat sayap itu di peringkat Pusat untuk kembali bersama Pakatan Harapan (PH) menggambarkan bahawa mereka sedang menghadapi krisis kepimpinan di tahap kritikal, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir. Bidas beliau, sepatutnya, dalam keadaan rakyat sedang berjuang melawan penularan wabak […]

» Read more

COVID-19: 30 Kes Baharu Dilaporkan, Paling Rendah Sejak PKP

PUTRAJAYA, 5 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengumumkan kes positif COVID-19 terendah direkodkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac, dengan 30 kes dilapor sehingga 12 tengah hari tadi. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara setakat ini ialah 6,383 kes. Katanya selain itu, 83 pesakit COVID-19 […]

» Read more
1 112 113 114 115 116 167