Tiada Sebarang Jemputan Dari SUA PAS Pusat – Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah ingin menegaskan bahawa  tiada sebarang  undangan mahupun jemputan yang diterima daripada pihak Setiausaha Agung Pas Pusat mahupun mana-mana wakil Pas sepertimana yang didakwa oleh Setiausaha Agung Pas untuk menghadiri Majlis Muktamar Tahunan Pas yang ke-68 yang baru berlangsung baru-baru ini. Pengerusinya, Datuk Seri Jamil Khir Baharom Adalah penting bagi pihak […]

» Read more

Tiada Pemimpin UMNO Berunding Dengan PAS – Mohamad Hasan

REMBAU, 3 Sept – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tiada sebarang rundingan oleh mana-mana pemimpin UMNO dengan PAS ketika ini seperti didakwa Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang. Beliau berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) setakat ini telah membuat keputusan untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum Ke-15. “Tidak tahulah beliau berunding dengan siapa tetapi dengan […]

» Read more

UMNO Sudah Berusaha Untuk Teruskan Kerjasama Bersama PAS – Shahril Hamdan

Semenjak PAU2020 lagi parti UMNO sudah berusaha untuk teruskan kerjasama bersama PAS. Sehingga di PRN Melaka, permintaan UMNO hanya untuk PAS menggunakan logo sendiri. Namun semenjak kebelakangan ini, balasan PAS terhadap UMNO: 25 Januari 2022: Tiada pawang mampu rawat UMNO kecuali kekalahan – Mokhtar Senik 27 Januari 2022: Itik kaki patah ini, bila sembuh nak berenang sendiri – Haji Hadi […]

» Read more

Tok Mat Mahu Pertahan Kerusi DUN Rantau, Tanding Parlimen Pada PRU15

REMBAU, 3 Sept – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan membayangkan akan bertanding di kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15. Penyandang kerusi DUN Rantau sejak tahun 2004 itu optimis mahu mempertahankannya dan yakin pengundi di situ, yang mencerminkan imbangan penduduk berbilang kaum di Malaysia, akan terus memberi sokongan kepada BN. “Pengundi Melayu […]

» Read more

Kerajaan Beri Terus Tablet Perantisiswa Kepada Penerima, Tidak Perlu Pulang Balik – Ismail Sabri

SHAH ALAM, 3 Sept – Kerajaan hari ini memutuskan mahasiswa yang menerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia tidak perlu memulangkan peranti itu apabila tamat pengajian nanti. Mengumumkan perkara itu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sebelum ini telah menetapkan inisiatif PerantiSiswa itu diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP), yang menyaksikan mahasiswa perlu memulangkannya selepas tamat pengajian. Beliau berkata keputusan […]

» Read more

Kita Perlu Menang PRU, Bukan Menang Sorak Dalaman – Shahril

SHAH ALAM, 3 Sept – UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, bukan hanya setakat menang sorak sahaja. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan berkata, sekiranya kita memilih untuk menang sorak, peluang UMNO/BN untuk menakluki Putrajaya amat tipis. “Kalau kita nak menang sorak, kita mensensasikan isu-isu, kita tuduh, hasut dan lontarkan label kepada pihak dan […]

» Read more

Tidak Wajar Rakyat Dibebankan Lagi Dengan Kenaikan Kadar Faedah OPR – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menaikkan Kadar Semalaman (OPR) iaitu penanda aras untuk menentukan kadar faedah pinjaman bank bertujuan memastikan kestabilan harga dan kemampanan pertumbuhan ekonomi dalam jangka panjang. Ianya dijangka mengekalkan kecenderungan untuk meningkatkan kadar faedah pada September, menyaksikan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) untuk kali ketiga berturut-turut tahun ini.1.BNM dijangka akan sekali […]

» Read more

PH Tidak Fokus Kebajikan Rakyat… Agenda Peribadi, Manfaat Pemimpin Fokus Utama

  IPOH, 3 Sept – Pemangku Ketua UMNO Bahagian Gerik, Datuk Aznel Ibrahim berpandangan Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi kerajaan tidak fokus dalam menjaga kebajikan rakyat sebaliknya hanya mementingkan kepada agenda peribadi yang memberi manfaat kepada mereka. Tidak menyangka hanya mentadbir hanya selama 22 bulan, Aznel berkata PH lebih terarah untuk mengambil faedah yang didapati di kawasan ini sehinggalah kejatuhan […]

» Read more

Mohamad Ajak Ahli UMNO/BN Bersetia, Usaha Jayakan PRU15 Untuk Kembalikan Kestabilan

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengajak ahli parti untuk terus bersetia kepada UMNO/Barisan Nasional (BN) demi usaha untuk menjayakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dan fokus mengembalikan kestabilan negara. Katanya yang juga Timbalan Pengerusi BN, kestabilan amat penting agar negara dapat dirus dengan baik dan tidak ketinggalan. “Kepada ahli UMNO kita mesti pastikan […]

» Read more

Sumbangan Kemerdekaan: Tengku Adnan Rai Warga ATM, Hargai Jasa Bakti Demi Kesejahteraan Negara

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Kemeriahan dalam meraikan sambutan Hari Kemerdekaan dikongsi dengan cara berbeza oleh Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor apabila menyalurkan sumbangan berupa beras dan daging. Kali ini sumbangan tersebut diagihkan kepada lebih 1,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pusat Pengajian Pertahanan Nasional dengan beliau sendiri turun padang bagi menyampaikan agihan terbabit. Katanya yang […]

» Read more
1 937 938 939 940 941 2,038