UMNO Sudah Berusaha Untuk Teruskan Kerjasama Bersama PAS – Shahril Hamdan

Semenjak PAU2020 lagi parti UMNO sudah berusaha untuk teruskan kerjasama bersama PAS. Sehingga di PRN Melaka, permintaan UMNO hanya untuk PAS menggunakan logo sendiri. Namun semenjak kebelakangan ini, balasan PAS terhadap UMNO:

25 Januari 2022: Tiada pawang mampu rawat UMNO kecuali kekalahan – Mokhtar Senik

27 Januari 2022: Itik kaki patah ini, bila sembuh nak berenang sendiri – Haji Hadi

28 Januari 2022: Hadi beri amaran kepada ‘kluster mahkamah’ UMNO, bantah strategi cetus PRN

5 Mac 2022: UMNO sudah lumpuh dan berpenyakit – Haji Hadi

5 Mac 2022: Haji Hadi ajak pengundi Johor hukum UMNO

11 Mei 2022: Ketua Penerangan PAS menyatakan bahawa PAS menjamin agenda penyatuan ummah akan diteruskan walaupun Presiden UMNO ‘menolak’ agenda ini.

22 Mei 2022: Individu tolak MN sebenar Nyawa Nyawa Ikan – Sanusi

11 Jun 2022: Zahid desak PRU15 awal kerana takut dipenjara – Sanusi

Julai 31 2022: Hadi dakwa penubuhan MN tertangguh kerana UMNO buat masalah.

Ogos 13 2022: UMNO boleh ‘menumpang’ kekuatan PAS di Kedah jika ia berhasrat untuk bekerjasama di negeri itu.

Hanya mahu sebut beberapa perkara ringkas:

1) UMNO tak mencari musuh tapi seakan dimusuhi. Termasuk oleh individu-individu tertentu dalam PAS. Beberapa kenyataan diatas menjadi contoh rujukan.

2) Sebarang usaha untuk cuba pecahkan UMNO dengan dakwaan kononnya Presiden keseorangan dan tidak mewakili parti, akan gagal.

Sebarang keputusan besar akan melalui keputusan musyawarah kepimpinan, baik Top 5 atau MKT.

3) Yang boleh bercakap untuk UMNO tentulah pemimpin UMNO; bukannya PAS. Jadi Presiden UMNO la yang boleh bercakap bagi pihak UMNO. Takkan Presiden PAS pula lebih arif hal UMNO dan mengajar ahli UMNO. Itu bukan kerja kawan.

#SambungYangTergendala

Ketua Penerangan UMNO Malaysia
SHAHRIL HAMDAN