Tiada Sebarang Jemputan Dari SUA PAS Pusat – Jamil Khir

KUALA LUMPUR, 3 Sept – Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah ingin menegaskan bahawa  tiada sebarang  undangan mahupun jemputan yang diterima daripada pihak Setiausaha Agung Pas Pusat mahupun mana-mana wakil Pas sepertimana yang didakwa oleh Setiausaha Agung Pas untuk menghadiri Majlis Muktamar Tahunan Pas yang ke-68 yang baru berlangsung baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Jamil Khir Baharom Adalah penting bagi pihak UMNO Negeri Kedah untuk menjelaskan bahawa situasi ini dengan sejelas-jelasnya supaya tiada persepsi buruk yang tidak diingini wujud kelak.

“Seperti yang dilaporkan oleh media, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah menyatakan bahawa kononnya pihak  Pas telah menjemput kepimpinan UMNO, termasuk UMNO Kedah untuk hadir ke Majlis Muktamar Tahunan Pas 2022 yang ke-68, tetapi menurutnya tiada respon.

“Kenyataan ini sebenarnya adalah tidak benar dan dikhuatiri akan mengelirukan pembaca di luar sana,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Seterusnya kata Jamil Khir, UMNO Negeri Kedah juga ingin menzahirkan rasa kecewa terhadap kenyataan tidak benar yang dikeluarkan oleh pihak Setiausaha Agung Pas Pusat tersebut.

“Semoga penjelasan ini dapat mengelakkan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul kelak di kalangan para pembaca,” ujarnya.

Memetik laporan, tidak ada seorang wakil daripada parti UMNO sama ada di peringkat negeri ataupun Pusat, hadir dalam Majlis Perasmian dan Ucapan Dasar Presiden sempena Muktamar Tahunan Pas kali ke-68 yang diadakan di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut di sini hari ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang turut menyatakan bahawa jemputan yang dihantar kepada wakil parti berkenaan turut tidak mendapat sebarang maklum balas serta jawapan. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.