Sumbangan Kemerdekaan: Tengku Adnan Rai Warga ATM, Hargai Jasa Bakti Demi Kesejahteraan Negara

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Kemeriahan dalam meraikan sambutan Hari Kemerdekaan dikongsi dengan cara berbeza oleh Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor apabila menyalurkan sumbangan berupa beras dan daging.

Kali ini sumbangan tersebut diagihkan kepada lebih 1,000 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di pusat Pengajian Pertahanan Nasional dengan beliau sendiri turun padang bagi menyampaikan agihan terbabit.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, sumbangan ini disalurkan kepada anggota ATM sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah banyak berjasa kepada bangsa dan negara.

“Sebenarnya sumbangan ini terlalu kecil berbanding dengan jasa bakti yang mereka lakukan kepada negara namun saya gerakkan inisiatif ini agar kita sama-sama dapat meraikan semangat hari kemerdekaan dengan patriotisme yang terpahat pada anggota ATM.

“Terima kasih pada ATM yang sentiasa berusaha menjaga keselamatan negara termasuklah menjadi petugas barisan hadapan dalam menghadapi apa-apa musibah,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa sama-sama menjaga keamanan dan kesejahteraan negara.

“Terima kasih semua, saya amat hargai usaha golongan petugas barisan hadapan selain pelbagai bantuan dan pertolongan yang disalurkan oleh mereka melangkau masa, keringat dan tenaga demi untuk memastkan kesejahteraan dan keamanan negara terus terpelihara,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.